Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Muhyiddin Santuni Penduduk Putatan

By 7 September 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nazri Ramshah Abdul Basah/ Jonny Joklis (Kota Kinabalu)

Putatan, 7 Sept (Malaysiaaktif) – Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyantuni penduduk kampung sekitar Putatan dalam Program Menyemai Kasih Rakyat di Masjid Kampung Lok Kawi Baru, pada Jumaat.

Selesai menunaikan Solat Jumaat, Muhyiddin menyerahkan kad pengenalan bagi penduduk kampung yang melakukan gantian kad tersebut.

Muhyiddin (kiri) melawat Bas Mobile JPN.

Muhyiddin (kiri) melawat Bas Mobile JPN.

Beliau turut melakukan tinjauan ke Bas Mobile Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi melihat proses permohonan gantian kad yang dilakukan oleh Unit Khas Bergerak JPN.

Hadir sama, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Ruslin Jusoh, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim serta Pembantu Menteri kepada Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Datuk Uda Sulai.

ER

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda