Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomePutrajaya

Gelora Tidak Harus Terhenti Selepas Sambutan Bulan Kebangsaan

By 29 September 2019Tiada komen3 minit bacaan

Laporan/foto: Edi Rizam & Norus Sa’adah Ahmad (Putrajaya)

KUALA TERENGGANU, 29 Sept (Malaysiaaktif) – Pertandingan Pengisahan Kenegaraan Peringkat Kebangsaan 2019 hari ini sampai ke kemuncaknya dengan berlangsungnya pertandingan akhir di Dewan al-Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin pagi ini.

Perasmian pertandigan ini telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Datuk Suriani Ahmad, beliau berkata penganjuran program seperti ini menyemarakkan semangat cintakan negara yang tinggi dalam menyuburkan perpaduan kaum.

Datuk Suriani Ahmad ketika menyampaikan ucapan perasmian beliau

Datuk Suriani Ahmad ketika menyampaikan ucapan perasmian beliau

“Selari dengan tema yang ditetapkan untuk Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia iaitu ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih’ kerajaan telah menekankan empat element penting iaitu perpaduan, semangat cintakan negara, integriti yang tinggi dan Kemakmuran Bersama dimana kempat-empat element ini penting untuk membina negara bangsa yang maju jaya, berpendapatan tinggi dan hidup dalam aman harmoni”.

Beliau juga berkata golong muda hari ini harus menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada tokoh-tokoh terdahulu terutamanya pejuang- pejuang kemerdekaan negara. “ melalui pengorbanan mereka inilah, kita dapat mewarisi sebuah negara yang boleh kita diami secara bebas dan merdeka.

“justeru hari ini kita perlu bersama-sama merangka, melaksana dan memberi sokongan padu atas segala inisiatif – inisiatif yang diusahakan oleh kerajaan semasa bagi mencapai pembangunan negara yang mampan dan dianimik”.  Tambah beliau.

Antara inisiatif yang dilaksanakan oleh KKMM adalah pelancaran Pelan Gentian Optik dan Keslinghubungan Negara (NFCP), Pelancaran NFCP merupakan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi melalui rangkaian gentian optik dengan menyediakan fasiliti terbaik menyasarkan pencapaian 98 peratus liputan jalur lebar dengan kelajuan minimum pada kadar 30 Megabits per second (Mbps).

Suriani juga mengajak orang ramai untuk terus menghayati lima prinsip Rukun Negara dan ianya bukan jaga dihayati semasa sambutan bulan kebangsaan sahaja. “ini adalah formula kita dalam membina negara yang berjaya berasaskan semangat kebersamaan sebagai rakyat Malaysia.

Ketua Pengarah Penerangan Malaysia Abdul Rahman

Ketua Pengarah Penerangan Malaysia Abdul Rahman

Sementara ini, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Roselindawati Abdul Rahman berkata penganjuran program ini bertujuaan untuk memupuk dan menyuburkan semangat perpaduan dan cintakan negara. “program ini terus mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai, seramai 235 orang perserta daripada 92 kumpulan yang datang dari selurh negara telah menyertai program ini bertolak dari situ. JaPen juga berharap secara bersama-sama kita dapat membentuk generasi Malaysia yang mempunyai jati diri yang tinggi dan sebuah masyarakat yang berilmu dan berjaya.

“Jabatan Penerangan akan terus memperkembangkan rangkaian satau hubungan kerjasama yang strategik degan pelbagai agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), IPTA dan IPTS dan semua pihak ini kerana tanggungjawab untuk membina sebuah bangsa yang bermaklumat dan terhubung bukan terletak di bahu KKMM dan Jabatan Penerangan sahaja tetapi kita semua” tambah belia.

Suraini dan Roselindawati beramah mesra dengan Johan daripda kumpulan Alahai anak emak

Suraini (tengah) dan Roselindawati beramah mesra dengan Johan daripda kumpulan Alahai anak emak

Pertandingan pengisahan kenegaraan adalah aktiviti komunikasi bersemuka berkonsepkan seni lakon dan penceritaan, merupakan kaedah pembujukan yang menggabungkan kesemua kaedah komunikasi yang bermatlamatkan membentuk minda masyarakat bersatu padu, patriotik, bestari dan cintakan negara dianjurkan Jabatan Penerangan sejak 16 tahun lalu.

Edisi tahun ini seramai 15 pasukan bertanding mewakili 13 Negeri dan dia Wilayah Persekutuan, menyaksikan Kumpulan ‘Alahai Anak Emak’ membawa tajuk pengisahan Yang Luar Biasa mewakili negeri Selangor dinobotkan Johan sekaligus membawa pulang piala pusingan, wang tunai RM6000.00, piala iringan serta sijil. Tempat kedua disandang oleh kumpulan Pewaris Bangsa dari Negeri Pahang di ikuti kumpulan Wira UTHM dari Negeri Johor.

Tinggalkan komen anda