Laporan/foto: Edi Rizam & Norus Sa’adah Ahmad (Putrajaya)
KUALA TERENGGANU, 28 Sept (Malaysiaaktif) – Generasi muda hari ini masih lagi peka dan ambil berat mengenai sejarah negara dan hal ini diluah atau diterjemah melalui penceritaan di atas pentas melalui seni lakonan dan penceritaan mengenai peristiwa bersejarah dan tokoh-tokoh yang telah diiktiraf dengam kejayaan mereka.
Timbalan Penerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah Kementerian Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Wan Marzuki Wan Sembok, dalam ucapan perasmian Program Pertandingan Pengisahan Kenegaraan Kebangsaan peringkat saringan yang berlangsung pagi ini di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail disini berkata, melalui persembahan lakonan dan penceritaan ini dapat menyuburkan semangat muhibah dalam kalangan rakyat.
“Kita dapat melihat semangat muhibah dalam kalangan perserta yang terdiri daripada berbilang kaum, walau berbeza agama kepercayaan dan bangsa namun atas nama Malaysia kita merapatkan saf dan bersatu padu demi memastikan kesepakatan dan keharmorniaan akan terus terpelihara.
“Segala usaha telah dijalankan dengan baik oleh Jabatan Penerangan dalam menjalankan advokasi dasar-dasar Kerajaan dengan membawa mesej kenegaraan sebagaimana program kita hari ini”. Tambah beliau.
Marzuki juga mengajak orang muda untuk terus megekalkan semangat perpaduan dan hormat menghormati antara kaum yang ada di Malaysia.
Pertandingan pengisahan kenegaraan masuk edisi ke-16 penganjuran pada tahun ini adalah salah satu acara anjuran Jabatan Penerangan Malaysia, bertujuaan mewujudkan ruang yang boleh digunakan oleh masyarakat umum untuk mengungkapkan pandangan, pendapat dan manifestasi peribadi mengenai program-program pengisian kemerdekaan yang telah dilaksanakan oleh para pemimpin negara dan juga tokoh-tokoh yang telah diberi penghargaan di peringkat negeri dan juga kebangsaan.
Sebanyak 15 pasukan daripada 13 Negeri dan dua wilayah persekutuan berentap hari ini dan lima pasukan terbaik akan berentap sekali lagi pada pusingan akhir esok yang akan berlangsung di Dewan al-Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin.