Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Sultan Ismail Petra Mangkat

By 28 September 2019Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 28 Sep (Malaysiaaktif) – Sultan Ismail Petra, ayahanda Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini pukul 8.11 pagi ini.

Pengumuman kemangkatan Baginda itu dibuat oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob di Kota Darul Naim di sini.

Beliau berkata, jenazah Baginda akan dibawa ke Istana Balai Besar di sini untuk istiadat penghormatan terakhir dan istiadat pemakaman akan dilangsungkan selepas solat Asar di Makam Diraja Langgar di sini. -BERNAMA

Tinggalkan komen anda