Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

KEMKAM Semai Semangat Kekitaan, Perpaduan Anak Sabah

By 17 September 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto:Fauzrina Bulka/Herny Lahada (Kota Kinabalu)

TAWAU, 17 Sept (Malaysiaaktif) – Kem Sayembara Kami Anak Malaysia (KEMKAM) 2019 yang dianjurkan oleh Kelab Gemilang Pendidikan Tawau (KGPT) telah dijalankan selama dua hari bermula pada 14 September lalu.

Antara aktiviti para peserta dalam KEMKAM 2019

Antara aktiviti para peserta dalam KEMKAM 2019

Naib Ketua Wirawati Sabah, Rina Jainal berkata kem tersebut diadakan untuk menyemai semangat kekitaan dan perpaduan sebagai anak-anak Sabah yang berbilang kaum agar menghargai kesejahteraan menjadi rakyat Malaysia.

“Penglibatan guru-guru berpengalaman sebagai tonggak jawatan kuasa pengurusan turut menyempurnakan program yang bermula dari cetusan idea saya sendiri.

Antara aktiviti para peserta dalam KEMKAM 2019

Antara aktiviti para peserta dalam KEMKAM 2019

“Bersempena Hari Malaysia ini, amatlah besar harapan saya sebagai pemimpin muda yang mengimpikan jati diri dan semangat patriotisme di kalangan generasi muda mempunyai tempat
yang tinggi di jiwa adik-adik sekalian.

“Jati diri yang tinggi adalah sangat penting dalam memastikan perjalanan kita dalam membina sebuah negeri dan negara yang maju dari semua aspek sosial, pendidikan, ekonomi, tidak
tersasar.

Rina (dua dari kiri) ketika sesi forum bersama Dr. Al-Azharry(dua dari kanan) dan Syveiro (kanan).

Rina (dua dari kiri) ketika sesi forum bersama Dr. Al-Azharry(dua dari kanan) dan Syveiro (kanan).

“Perjuangan kita tidak pernah terhenti, sambutlah tanggungjawab ini dengan ikhlas, jangan pernah berputus asa. Masa depan negeri dan negara bergantung kepada kita semua,” ujar Rina pada majlis yang diadakan di Rumah Rehat Yayasan Sabah, Pusat Perhutanan Luasong.

Rina turut berharap agar program yang mendapat kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah Tawau itu akan terus diwujudkan supaya semangat cintakan tanah air akan terus terjaga.

Rina menyampaikan cenderahati kepada Nordin dengan di iringi oleh Abidin(kiri) dan MPKK.

Rina menyampaikan cenderahati kepada Nordin dengan di iringi oleh Abidin(kiri) dan MPKK.

Pada kem tersebut Dr Hj Al-Azharry Kamunri daripada Majlis Keselamatan Negara turut hadir menyelaraskan Bengkel Pembentukan Malaysia dan menjadi panel kepada Forum: Tanggungjawab Saya Sebagai Generasi Rakyat Malaysia Hari Ini.

Pensyarah Kanan, Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Tawau, Dr Nordin Bulla turut bersama menjayakan bengkel Pengertian Rukunegara yang sangat memberi kesan kepada peserta.

Tetamu kehormat merakamkan kenangan bersama semua peserta kem.

Tetamu kehormat merakamkan kenangan bersama semua peserta kem.

Turut hadir, Pengerusi Kelab Gemilang Pendidikan Tawau, Akhmad Monggoh, wakil pengurusan Yayasan Sabah, Ibrahim Umbing; Pegawai Kementerian Belia dan Sukan Bahagian Tawau, Syveiro Patrick; Ketua Kampung Luasong, Abidin Mohd Taib; Pejuang veteran 1960-an, Masud Salbi
dan Hamud Salleh.

ER

Tinggalkan komen anda