Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

KKM Konsisten Beri Galakan Tingkatkan Kesedaran Talasemia

By 15 September 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Idris Sani Saberun/ Ahmad Sarujin Seting(Kota Kinabalu) 

KOTA KINABALU, 15 Sept (Malaysiaaktif) – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) konsisten memberi galakan kepada mana-mana pertubuhan dalam usahanya meningkatkan kesedaran masyarakat berkaitan talasemia.

Lee ketika menyampaikan ucapan.

Lee ketika menyampaikan ucapan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata inisiatif tersebut dapat meningkatkan kualiti hidup penghidap penyakit berkenaan di samping menyelaras rawatan harian di hospital bersesuaian.

“Kefahaman pesakit terhadap penyakit yang dihidapi akan meningkatkan tahap pematuhan kepada rawatan yang diberikan oleh pihak pengamal perubatan dan usaha ini mampu meningkatkan kualiti hidup pesakit Talasemia.

“KKM juga berusaha memastikan rawatan dan kemudahan ubat-ubatan sentiasa mencukupi untuk semua pesakit talasemia di Malaysia dan kadar bayaran yang minima untuk pesakit talasemia.

“KKM juga berusaha untuk menyelaraskan rawatan harian pesakit talasemia di hospital agar bersesuaian dengan keperluan pesakit, ” katanya ketika merasmikan 1st National Conference for Thalassaemics and Carers di sini, pada Sabtu.

Lee memukul gong sebagai simbolik perasmian.

Lee memukul gong sebagai simbolik perasmian.

Menurut Lee, talasemia merupakan penyakit genetik yang diwarisi daripada kedua ibu bapa dan berdasarkan data Malaysia Thalassaemia Register, sehingga Mei 2019, seramai 8,124 pesakit direkodkan di Malaysia.

“Kadar pembawa dalam kalangan rakyat Malaysia untuk beta Talasemia dan HbE adalah sebanyak 3 hingga 5 peratus.

“Jadi, pembawa yang bakal berkahwin perlu diberi nasihat dan makluman berkenaan risiko melahirkan anak yang menghidapi Talasemia melalui kaunseling genetik.

“Daripada jumlah tersebut, 1,817 pesakit adalah dari Sabah yang kini mencatatkan jumlah pesakit talasemia paling ramai di negara ini.

“Oleh sebab itu, Sabah menjadi lokasi pilihan bagi Persekutuan Pertubuhan Thalassaemia Malaysia untuk menganjurkan 1st National Conference for Thalassaemics and Carers,” jelas beliau.

Lee (empat dari kanan) menerima memorandum daripada wakil pesakit Talasemia Malaysia.

Lee (empat dari kanan) menerima memorandum daripada wakil pesakit Talasemia Malaysia.

Pada majlis itu, Lee turut menerima memorandum daripada wakil pesakit Talasemia Malaysia bertujuan bagi mendapatkan perlindungan insuran serta waktu rawatan yang lebih fleksibel di hospital kerajaan.

Seramai 337 peserta terdiri daripada pesakit, ibubapa, penjaga Talasemia, jururawat dan doktor menghadiri program dua hari itu bermula 14 September lalu.

Hadir sama, Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat negeri, Norazlinah Arif; Presiden Persekutuan Pertubuhan Talasemia Malaysia, Khoo Swee Hong serta Presiden Persatuan Talasemia Negeri Sabah, Francis Mujim.

ER

Tinggalkan komen anda