Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Larian Merdeka Bukti Semangat Cintakan Tanah Air

By 18 September 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto : Parimala Devi Suppiah/Abd Halim Jumat (Jelebu)

JELEBU, 18 Sep (Malaysiaaktif) – Larian Merdeka Malaysia 2019 telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan penyertaan seramai 926 orang peserta larian dan penglibatan 200 orang urusetia dan sukarelawan.

Larian yang dahulunya dikenali sebagai Larian Budi pada tahun 2017 dan 2018 dijenamakan kepada Larian Merdeka Malaysia  2019 sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2019.

WhatsApp Image 2019-09-15 at 12.44.49

Peserta memanaskan badan sebelum larian bermula.

Acara pelepasan larian tersebut telah disempurnakan oleh Undang Luak Jelebu, Datuk Mendika Menteri Akhirulzaman Datuk Maarof Mat Rashad bersama dengan Penasihat Sosio-Budaya Malaysia merangkap Pengerusi dan Penasihat Yayasan Budi, Tan Sri Dr Rais Yatim.

Antara kategori yang dipertandingkan adalah kategori bawah 12 tahun (Lelaki dan Perempuan), bawah 15 tahun (Lelaki dan Perempuan), bawah 18 tahun (Lelaki) dan kategori terbuka (Lelaki dan Perempuan) dengan acara penyampaian hadiah telah diadakan di Dewan Majlis Daerah Jelebu.

WhatsApp Image 2019-09-15 at 12.45.10

Acara pelepasan larian oleh Undang Luak Jelebu dan Tan Sri Dr Rais Yatim.

Selain itu, kategori VVIP/VIP serta veteran turut diadakan dan disertai oleh Datuk Undang Luak Jelebu  dan Tan Sri Dr. Rais Yatim.

Turut hadir Pemangku Pegawai Daerah Jelebu, Wan Mud Shardihan Wan Dahalan.

-AK

Tinggalkan komen anda