Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Penerangan PeKa B40 dan i-Suri Lengkapkan Program Bubur As-syura

By 24 September 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan / foto : Azmi Abd. Rahman (Kelantan/Machang)

MACHANG, 24 Sep (Malaysiaaktif) – Pejabat Penerangan Daerah Machang bersama Persatuan Penduduk Kampung Pangkal Meleret, Machang telah menganjurkan program Bubur As-syura yang merupakan acara tahunan melibatkan pelbagai lapisan masyarakat di kampung ini.

Selain program Bubur As-syura, dua agensi iaitu Pejabat Kesihatan Machang (PKD) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) turut bersama bagi memberi penjelasan tentang Peka B40 dan i-Suri.

Pengerusi Penduduk Kampung Pangkal Meleret, Baderol Ibrahim, 57, merupakan orang kuat dalam pelaksanaan program Bubur As-syura kali ini bersama jawatankuasanya telah merancang bagi memastikan kelancaran program.

“Saya melihat program Bubur As-syura boleh dijadikan platform untuk menyatukan seluruh penduduk kampung, masyarakat kampung dapat beramah mesra serta merapatkan silaturrahim di kalangan mereka menerusi penglibatan sepanjang program ini,” kata Baderol.

“Saya amat berbangga dengan semangat serta kesungguhan penduduk kampung menjayakan program ini,” tambahnya lagi.

Pegawai KWSP,  Mawardi sedang menjawab soalan daripada salah seorang penduduk.

Pegawai KWSP, Mawardi sedang menjawab soalan daripada salah seorang penduduk.

Pegawai Kesihatan Machang, Dr. Rosmalaili Hanif berkata, beliau melihat inisiatif Jabatan Penerangan membawa pelbagai jabatan dan agensi masuk ke kampung adalah satu usaha yang amat berkesan dan memberi impak yang baik.

“Saya teruja dapat bersama dalam program ini, di samping memberi penjelasan berhubung Peka B40, saya berpeluang mengacau Bubur As-syura bersama penduduk,” ujar Dr. Rosmalaili lagi.

“Pendekatan masuk kampung ke akar umbi merupakan salah satu cara terbaik untuk menyalurkan maklumat yang jelas kepada masyarakat. Orang ramai boleh menanyakan soalan secara langsung bagi merungkai sebarang kemusykilan,” kata Pegawai KWSP Tanah Merah, Mawardi Daud semasa menyampaikan taklimat tentang i-Suri sempena program Bubur As-Syura.

Ibu tunggal, Nurhafiza Mohamed, 38, berpendapat warga Pangkal Meleret yang berkampung di tapak program selepas Subuh lagi segala penat lelah untuk menyiapkan Bubur As-syura tidak terasa apabila segala kerja dijalankan secara gotong royong.

“Kami juga mendapat pencerahan yang lebih jelas tentang bantuan-bantuan kerajaan untuk rakyat. Justeru, saya berharap program seumpama ini dapat diadakan dengan lebih kerap,” tambah Nurhafiza.

Program ini amat baik untuk mengisi masa lapang bersama keluarga terutama pada hari cuti, institusi kekeluargaan pasti akan lebih erat sekiranya dapat bersama-sama menjalankan sesuatu aktiviti.

-NAZ

Tinggalkan komen anda