Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

“Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya”

By 20 September 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Shah Hood/Suhana Mohd Ariffin (Kluang)

KLUANG, 20 Sept (MalaysiaAktif) – Bak kata pepatah, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”, jika sudah menjadi buluh, sukar pula untuk diubah.

Atas kesedaran itu, Jabatan Penerangan Negeri Johor telah menganjurkan Pertandingan Ekspresi Merdeka Kelab Malaysiaku dan Pertandingan Video Pendek Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih bagi mendidik dan memupuk rasa cinta para pelajar terhadap tanah air serta menerapkan nilai patriotrisme dikalangan mereka.

Penganjuran pertandingan ini telah membuka peluang kepada golongan muda untuk mengasah bakat mereka seiring dengan semangat untuk menyemarakkan lagi bulan kebangsaan.

Ahmad Nedzar Hakim yang merupakan salah seorang peserta Pertandingan Video Pendek Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih.

Ahmad Nedzar Hakim yang merupakan salah seorang peserta Pertandingan Video Pendek Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih.

Pertandingan ini merupakan pertandingan secara berkumpulan dan para pelajar perlu menzahirkan rasa cinta dan semangat patriotisme melalui ekspresi aksi, lukisan, tulisan, pertuturan, dialog, paparan Jalur Gemilang dan lain-lain elemen yang terdapat di persekitaran sekolah.

Mohd Fuad Mokhtar, 34 guru bahasa inggeris merangkap guru penyelaras Kelab Malaysiaku Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kukup Pontian meluahkan rasa gembira kerana dapat mencapai sasaran pada tahun ini untuk  mendapatkan tempat dalam kategori yang dipertandingkan.

“Menjadi tanggungjawab saya memberi dorongan kepada para pelajar agar turut serta dalam pertandingan tersebut yang secara tidak langsung dapat memupuk semangat patriotrisme di dalam diri mereka,” katanya.

SMK Sri Kukup diumum sebagai pemenang Naib Johan bagi Pertandingan Ekpresi Merdeka Kelab Malaysiaku dan Pertandingan Video Pendek Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih.

SMK Sri Kukup diumum sebagai pemenang Naib Johan bagi Pertandingan Ekpresi Merdeka Kelab Malaysiaku dan Pertandingan Video Pendek Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih.

Tambah beliau lagi, ini merupakan pengalaman kali pertama kami berganding bahu dengan para pelajar untuk menghasilkan video pendek dan menyunting video bersama-sama.

Menurut Ahmad Nedzar Hakim, 16 yang merupakan pelajar tingkatan 4, “pertandingan ini dapat mendidik kami semua tentang betapa pentingnya semangat cinta dan sayangkan Negara”.

SMK Sri Kukup Pontian telah diumum sebagai pemenang Naib Johan bagi Pertandingan Keceriaan 2019, Pertandingan Ekpresi Merdeka Kelab Malaysiaku dan Pertandingan Video Pendek Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih.

Terdahulu, Majlis Penghargaan Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan 2019 Peringkat Negeri Johor telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Mahkota, Muhammad Said Jonit di Dewan Serbaguna Taman Sri Kluang.

Majlis ini diadakan bagi tanda penghargaan dan penyampaian hadiah kepada para pemenang  Pertandingan Keceriaan 2019, Pertandingan Ekpresi Merdeka Kelab Malaysiaku dan Pertandingan Video Pendek Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih.

-NI-

Tinggalkan komen anda