Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

Sasar Bina Lima Gimnasium Rakyat Untuk DUN Kadamaian – Ewon

By 30 September 2019Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Marryan Razan (Kota Kinabalu)

KOTA BELUD, 30 Sept (Malaysiaaktif) – Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Ewon Benedick menyasarkan pembinaan sekurang-kurangnya lima pusat gimnasium rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian dalam tempoh lima tahun ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian berkata, setakat ini, dua pusat gimnasium rakyat telah dibina iaitu di Mukim Kiau pada tahun 2018 dan Mukim Tambulion pada tahun ini.

Ewon ketika berucap.

Ewon ketika berucap.

“Program-program kesedaran kesihatan dan kecerdasan merupakan antara tumpuan program saya di DUN Kadamaian.

“Setakat ini, kita telah membina dua gimnasium rakyat sejak tahun lalu, iaitu di Mukim Kiau dan Mukim Tambulion.

“Saya akan terus berusaha membina sekurang-kurangnya sebuah gimnasium setiap tahun di setiap mukim untuk kemudahan penduduk Kadamaian, selain menyokong pusat-pusat kecergasan yang menjadi tumpuan komuniti kawasan ini.

Ewon (tiga dari kiri) mendengar penjelasan ringkas daripada Quenewritah (dua dari kanan) ketika melawat ke pusat kecergasan, turut kelihatan Carlye (kiri).

Ewon (tiga dari kiri) mendengar penjelasan ringkas daripada Quenewritah (dua dari kanan) ketika melawat ke pusat kecergasan, turut kelihatan Carlye (kiri).

“Saya juga akan menyediakan sejumlah RM25,000 daripada peruntukan ADUN Kadamaian pada tahun hadapan untuk menaiktaraf kemudahan di Sweat Factory Fitness Centre ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Program The Biggest Loser Tertutup Kadamaian anjuran Pergerakan Komulakan UPKO Kota Belud dengan kerjasama Sweat Factory Fitness Centre, Taginambur, di pusat kecergasan itu, pada Sabtu.

Hadir sama, Setiausaha Politik, Carlye Lajimin; Setiausaha Perhubungan Kementerian, Charles Dalansing; Ketua Pergerakan Pemuda UPKO Bahagian Kota Belud, Jolyhame Saran dan pemilik Sweat Factory Fitness, Quenewritah Maritin.

Ewon bergambar bersama sebahagian peserta wanita The Biggest Loser yang hadir pada majlis itu.

Ewon bergambar bersama sebahagian peserta wanita The Biggest Loser yang hadir pada majlis itu.

Ewon berharap melalui program seumpama itu akan dapat meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat kepentingan menjaga kesihatan dan pemakanan seimbang untuk terus kekal cergas.

“Program ini antaranya bertujuan untuk meningkatkan tahap kesihatan, membudayakan amalan hidup sihat dan memberi motivasi serta dorongan kepada para peserta yang inginkan berat badan ideal,” katanya.

Sementara itu Ketua Komulakan UPKO Kota Belud, Joel Deukin berkata, program ‘The Biggest Loser’ yang julung kalinya dianjurkan akan berlangsung selama tiga bulan iaitu bermula September sehingga Disember ini.

Beliau berkata, program itu bertujuan memupuk semangat masyarakat khasnya warga Kadamaian untuk memperbaiki diri dari sudut kesihatan dan menyemai semangat pisompuruan serta mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan masyarakat setempat.

Ewon bergambar bersama ahli jawatankuasa penganjur program itu.

Ewon bergambar bersama ahli jawatankuasa penganjur program itu.

“Saya berharap program seumpama ini sentiasa didukung dan diberi sokongan serta peluang untuk dilaksanakan pada tahun-tahun seterusnya.

“Program seumpama ini juga menjadi platform kepimpinan pergerakan komulakan UPKO agar mereka tidak dipandang sebagai sidekick, tetapi menjadi platform terbaik bagi membolehkan golongan belia beliawanis terutama di kawasan Kadamaian mengembangkan kemahiran terutama managing skills and leadership,” katanya.

Joel berkata, sambutan program itu amat menggalakkan dan melebihi sasaran dengan menerima 100 peserta daripada 50 yang disasarkan.

ER

Tinggalkan komen anda