Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMASelangor

Pewaris Muda Menyerlahkan Bakat Generasi Muda

By 30 September 2019Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Marzawatey Zainol / Mohamad Zairin Mohamad Zin/ Farhan Abdullah (Selangor)

HULU SELANGOR, 30 Sep (MalaysiaAktif) – Program Pewaris Muda Peringkat Negeri Selangor 2019 telah melabuhkan tirai pada 22 September yang lepas bertempat di Kem Bina Semangat Yayasan Selangor, Hulu Selangor di mana dua pelajar telah dipilih menjadi peserta terbaik bagi lelaki dan wanita.

Harigaran A/L Rajaratnam dari Politeknik Shah Alam telah dipilih sebagai peserta lelaki terbaik dan Puteri Nurqhaleeda Athira Nurul Fahmi dipilih sebagai peserta wanita terbaik bagi keseluruhan program Pewaris Muda Peringkat Negeri Selangor bagi kali ini.

Menurut Harigaran, “program Pewaris Muda ini telah mencungkil bakat saya untuk memimpin dan dalam masa yang sama perlu adanya kerjasama daripada pasukan dan patuh pada arahan ketua”.

Harigaran A/L Rajaratnam, Peserta Lelaki Terbaik Pewaris Muda Peringkat Negeri Selangor 2019

Harigaran A/L Rajaratnam, Peserta Lelaki Terbaik Pewaris Muda Peringkat Negeri Selangor 2019

Menurut Puteri Nurqhaleeda Athira atau lebih mesra disapa Puteri merasakan dirinya lebih peka dengan keadaan sekeliling terutamanya seperti menepati masa, patuh pada arahan dan kepentingan bekerjasama untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan.

“Selain itu, dapat memupuk diri untuk berani melontarkan pendapat dan perbincangan itu penting untuk selesaikan sesuatu perkara,” ujar Puteri.

Program ini telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Hulu Selangor, June Leow. Menurut beliau, dengan adanya program sebegini beliau yakin bakat kepimpinan yang sedia ada dalam diri para peserta akan dapat dikembangkan.

Puteri Nurqhaleeda Athira Nurul Fahmi, Peserta Wanita Terbaik Pewaris Muda Peringkat Negeri Selangor 2019

Puteri Nurqhaleeda Athira Nurul Fahmi, Peserta Wanita Terbaik Pewaris Muda Peringkat Negeri Selangor 2019

“Generasi muda kini  merupakam aset negara pada masa hadapan dan kerajaan sesungguhnya amat menitikberatkan perihal keperluan dan pandangan generasi muda ini,” kata June Leow lagi.

Tambah beliau, “sebagai generasi muda, anda mempunyai tanggungjawab untuk memahami serta mengerti harapan daripada generasi lama yang perlu digalas apabila mewarisi negara ini pada masa hadapan,” ujar June Leow.

“Saya berharap generasi muda kini akan dapat bersama-sama berganding bahu dan bekerjasama dengan seluruh masyarakat tidak kira apa jua bangsa dan agama bagi membentuk Malaysia Baru yang diacuankan berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara kita,” ujar June Leow.

Turut hadir bersama adalah Pengarah Penerangan Selangor, Devaraj Subramaniam, Pegawai Penerangan Daerah Petaling, Mohd Zam Manaf dan Pegawai Penerangan Daerah Hulu Selangor, Amir Rithauddin Roslan.

Program kali ini telah menghimpunkan seramai 40 orang pelajar dari seluruh IPTA dan IPTS di negeri Selangor. Program berjalan selama dua hari satu malam dan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti dan juga latihan dalam kumpulan (LDK) dapat memberi impak yang positif kepada para peserta.

-NAZ

Tinggalkan komen anda