Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Satu Rumah, Satu Jalur Gemilang

By 14 September 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Parimala Devi Suppiah (Jelebu)/Mohammad Fadzli Mohammed Amir (Negeri Sembilan)

JELEBU, 14 Sep (Malaysiaaktif) – Seramai 152 orang peserta daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan telah mengambil bahagian dalam konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) peringkat Daerah Jelebu tahun ini.

Program yang melibatkan konvoi 40 buah kenderaan pelbagai jenis daripada pelbagai jabatan dan agensi ini telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan, Mejar (K) Sabarudin Yeop Hamza di Pejabat Daerah Jelebu Selasa lalu.

WhatsApp Image 2019-09-12 at 16.08.49

Upacara ‘Flag-Off’ KMJG.

Sabarudin berkata beliau amat berbangga akan para peserta konvoi yang amat komited menyertai program ini.

“Objektif program ini ialah untuk menyemarakkan kempen kibarkan Jalur Gemilang pada setiap rakyat Malaysia dengan moto ‘Satu Rumah, Satu Bendera’ dan rakyat perlulah menunjukkan rasa cinta kepada tanah air dengan mengibarkan bendera sepanjang Bulan Kebangsaan,” ujarnya ketika ditemui.

Turut hadir Pemangku Pegawai Daerah Jelebu, Wan Mud Shardihan Wan Dahalan serta ketua-ketua jabatan.

-AK

Tinggalkan komen anda