Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Sewang Tarian Tradisi Masyarakat Orang Asli

By 10 September 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/ foto: Sharifah Ithnin (Alor Gajah)

ALOR GAJAH, 10 Sep (Malaysiaaktif) – Tarian Sewang sememangnya popular dan sinonim dengan masyarakat Orang Asli. Tarian ini asalnya diadakan untuk tujuan perubatan, tetapi pada hari ini tarian ini sering dipersembahkan di majlis-majlis keraian antaranya seperti Majlis Sambutan Hari Orang Asli Peringkat Negeri Melaka 2019 di Taman Rekreasi Datuk Wira Poh Ah Tiam, Machap Baru, baru-baru ini.WhatsApp Image 2019-09-10 at 08.21.23 (1)

Tarian ini telah dipersembahkan oleh penari-penari kebudayaan Masyarakat Orang Asli Kampung Lubuk Bandung di Majlis Penutup program yang telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka. Tarian ini juga diiringi dengan alunan muzik yang menggunakan alatan semula jadi seperti ketukan buluh. Program yang berlangsung selama sehari ini telah menghimpunkan seramai lebih 500 orang masyarakat Orang Asli dari seluruh Negeri Melaka.

Menurut Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari, secara keseluruhan Melaka mempunyai 14 perkampungan Orang Asli, dengan jumlah 2,008 orang penduduk dari suku kaum Temuan, dan Melaka dalam usaha mewartakan sembilan lagi perkampungan tersebut.

Kerajaan negeri juga sentiasa memberi penekanan kepada beberapa aspek penting lain dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat Orang Asli di negeri itu, khususnya kebajikan, selain menambah baik infrastruktur di perkampungan tersebut.WhatsApp Image 2019-09-10 at 08.21.23 (2)

Program Sambutan Hari Orang Asli ini juga turut mengiktiraf ikon-ikon masyarakat Orang Asli dengan penyampaian anugerah kepada ikon usahawan, ikon belia dan ikon ibu bapa Contoh. Selain itu, turut diadakan penyampaian sijil penghargaan kehadiran penuh ke sekolah bagi anak-anak masyarakat Orang Asli dan sijil penghargaan kepada agensi kerajaan dan swasta yang terlibat menjayakan program tersebut.

Turut hadir di majlis ini, Exco Wanita, Kebajikan dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Melaka merangkap Ahli Dewan Undangan Kawasan Machap, Ginie Lim Siew Lin dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli, Prof. Dr. Juli Edo.

-KN

Tinggalkan komen anda