Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Timba Ilmu Melalui Program Berbentuk Integrasi – Choo

By 22 September 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Noorshazana Shaadan (Port Dickson)/Mohd Khairulnizam Mohd Yunus (Negeri Sembilan)

PORT DICKSON, 22 Sep (Malaysiaaktif) – “Bukan sahaja mereka mendapat ilmu di institusi pengajian malah mereka boleh memperoleh ilmu menerusi program yang berkonsep integrasi seperti ini.

“Pelajar masuk ke kampung, mengenal dan mempelajari kehidupan masyarakat di sana, dengan ini mereka dapat bersosial dengan lebih harmoni dan mengekalkan identiti masyarakat majmuk.

Demikian kata, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perpaduan, Penerangan dan Integrasi Nasional Negeri Sembilan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Lukut, Choo Ken Hwa ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Anak Angkat bagi Program Pewaris Muda Peringkat Negeri Sembilan di Dataran Pachitan di sini, Jumaat lalu.

WhatsApp Image 2019-09-22 at 09.30.55

Penyerahan mahasiswa kepada keluarga angkat.

“Program ini diharap dapat melahirkan tunas pewaris negara yang berwibawa dan mampu menghayati nilai-nilai murni dan seterusnya melahirkan rakyat bermentaliti kelas pertama,” ujarnya.

Tambah Ken Hwa lagi, pelajar akan dapat mempelajari sesuatu yang baharu melalui aktiviti yang dirancang sepanjang program ini seperti gotong-royong, kenduri kampung, sukaneka, cetusan minda dan ceramah kenegaraan.

WhatsApp Image 2019-09-22 at 09.31.01

Ken Hwa beramah mesra dan melihat keterujaan mahasiswa bersama-sama keluarga angkat masing-masing.

Program Pewaris Muda Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2019 yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lepas merupakan program tahunan anjuran Jabatan Penerangan Negeri Sembilan yang bertujuan melahir dan membentuk modal insan yang mempunyai jati diri serta cintakan negara.

Kesemua 60 orang pelajar telah diserahkan kepada 15 keluarga angkat untuk mereka menjalani kehidupan di kampung.

Majlis perasmian penutup akan disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, hari ini.

-AK

Tinggalkan komen anda