Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Program Jelajah Basikal Hari Malaysia Pupuk Amalan Hidup Sihat

By 22 September 2019Tiada komen3 minit bacaan

Laporan/foto : Noor Hidayah Mohd Izam/Suhaili Razak, Farahin Yatni (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 22 Sept (Malaysiaaktif) – Sukan berbasikal merupakan satu amalan gaya hidup sihat yang semakin digilai ramai tanpa mengira peringkat usia di mana aktiviti ini bukan sahaja dapat mengeluarkan peluh malahan mampu mengeratkan hubungan antara masyarakat yang mempunyai minat yang sama.

Justeru itu, Komuniti Harapan Malaysia (KHM) DUN Parit Yaani telah menganjurkan Program Jelajah Basikal Hari Malaysia DUN Parit Yaani yang telah disertai seramai 100 orang terdiri dari ketua-ketua kampung dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung, DUN Parit Yaani.

Para pelajar bersemangat mengibarkan Jalur Gemilang semasa ketibaan konvoi berbasikal di hentian terakhir.

Para pelajar bersemangat mengibarkan Jalur Gemilang semasa ketibaan konvoi berbasikal di hentian terakhir.

Program kayuhan ini melibatkan tujuh perhentian yang bermula di Kampung Parit Yob dan berakhir di Sekolah Kebangsaan Seri Telok.

Pelbagai aktiviti menarik telah disusun oleh KHM Dun Parit Yaani iaitu soopa doopa, kota sesat, beyblade dan sebagainya yang turut disertai oleh 500 pelajar dan guru sekolah ini.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Telok Noor Azmi Moin dalam ucapan aluannya berkata program ini diadakan untuk memupuk dan meningkatkan prestasi cemerlang para pelajar baik dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum.

Aminolhuda Hassan menyempurnakan gimik penutup majlis.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Parit Yaani, Aminolhuda Hassan menyempurnakan gimik penutup majlis.

“Kecermelangan mereka dalam bidang kokurikulum turut menjadi kebanggaan dan kejayaan Danish Amsyar yang bergelar johan dalam bidang sukan memanah di peringkat Negeri Johor turut menjadi inspirasi kepada pelajar lain di sekolah ini,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Negeri Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Parit Yaani Aminolhuda Hassan berkata pihak kerajaan sentiasa berusaha menyediakan pelbagai kemudahan pembelajaran yang kondusif untuk semua pelajar di negeri ini dan ia tidak hanya tertumpu kepada sesi pembelajaram di dalam bilik darjah sahaja namun kepelbagaian bidang juga dititik berat bagi melahirkan modal insan yang cemerlang.

“Penglibatan pelajar dalam bidang keusahawanan juga dijadikan satu usaha untuk memupuk minat belia untuk menceburi bidang perniagaan di mana pihak kerajaan amat mendukung usaha ini dan telah memperuntukkan sejumlah RM20,000 bagi ahli perniagaan kecil yang ingin memulakan perniagaan mereka,” ujarnya lagi.

Antara tetamu kehormat yang hadir pada Program Jelajah Basikal Hari Malaysia DUN Parit Yaani.

Antara tetamu kehormat yang hadir pada Program Jelajah Basikal Hari Malaysia DUN Parit Yaani.

Tambah beliau lagi, kerajaan amat menitikberatkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi meningkatkan kecekapan kemahiran pelbagai bentuk pelajar dan sehingga kini pencapaiaan pelajar TVET amat membanggakan.

“Para pelajar yang mewakili negara telah berjaya memperoleh TVET International World Skill pada bulan Ogos yang lepas dan kerajaan telah berusaha menyediakan pelbagai pendekatan untuk mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa dalam bidang TVET,” katanya lagi.

Program ini turut dimeriahkan lagi dengan persembahan kugiran daripada Sekolah Kebangsaan Seri Telok yang terdiri daripada pelajar-pelajar dan guru sekolah tersebut.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains Dan Teknologi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Parit Yaani Aminolhuda Hassan, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pengurusan Sekolah wakil rasmi Pegawai Pendidikan Daerah Batu Pahat Aizul Mohamed, Pegawai Penerangan Daerah Batu Pahat Adnan Mat Arop, dan wakil rasmi Ahli Parlimen Sri Gading Noor Khalim Sakib.

-NI-

Tinggalkan komen anda