Skip to main content
Berita TempatanKuala Lumpur

Turun Padang Santuni Rakyat

By 18 September 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/Foto: Azuraini Abd Majid/Parameswary Lekshmnan (Kuala Lumpur)

 

KUALA LUMPUR, 15 Sep (Malaysiaaktif) – Amalan turun padang dalam mendekati dan mendengar permasalahan rakyat di peringkat akar umbi secara berterusan adalah tanggungjawab utama bagi seorang wakil rakyat. Begitulah rutin yang diamalkan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, 38 sejak mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen pada 16 Julai 2018 lalu.

 

Meskipun cuti hujung minggu dalam  keadaan cuaca yang berjerebu, ia tidak menghalang Fahmi Fadzil bersama Jabatan Penerangan WPKL, Majlis Perwakilan Penduduk Zon Lembah Pantai dan Komuniti  Harapan Malaysia (KHM) Lembah Pantai untuk turun padang mendampingi masyarakat setempat sekitar Perumahan AC4, Taman Seri Sentosa, di sini Ahad lalu.

 

“Ini merupakan suatu kebiasaan dan rutin untuk saya  turun padang berjumpa masyarakat setempat dari semasa ke semasa untuk mendapatkan perkembangan serta maklum balas untuk tindakan seterusnya. Inilah harga sebuah undi dan sebuah kesetiaan yang perlu dibalas kepada yang rakyat,” ujar Fahmi.

Ng Kam Looi, 65, seorang pesakit kencing manis yang telah kehilangan sebelah kaki memohon bantuan mendapatkan rawatan susulan serta sijil beranak bagi kedua-dua cucunya

Ng Kam Looi, 65, seorang pesakit kencing manis yang telah kehilangan sebelah kaki memohon bantuan mendapatkan rawatan susulan serta sijil beranak bagi kedua-dua cucunya

 

Seawal 9.00 pagi Fahmi Fadzil mendekati   penduduk setempat yang sedang bersarapan di gerai  tepi jalan sambil mengedarkan Jalur Gemilang sempena Sambutan Hari Malaysia yang bakal disambut keesokannya harinya.

 

Kehadiran beliau disambut baik penghuni-penghuni Pangsapuri Kos Rendah AC4 yang mana majoritinya terdiri golongan B40 dan beliau turut mengambil peluang tersebut untuk bersarapan bersama-sama  penduduk di kawasan tersebut.

 

Tinjauan Malaysiaaktif mendapati antara masalah utama selain aspek kebajikan dan kesihatan, ialah masalah  penyelenggaraan bangunan yang kurang memuaskan. Bangunan Pangsapuri AC4 tersebut kelihatan tidak bersih, usang dan tidak diselenggara dalam tempoh yang lama. Sampah sarap kelihatan di merata-rata tempat, ditambah pula dengan keadaan anak tangga yang licin dan rosak.

Fahmi Fadzil bersama Jabatan Penerangan WPKL, MPP Zon dan KHM Lembah Pantai menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan harian kepada Rajakani a/p Gopal, 86.

Fahmi Fadzil bersama Jabatan Penerangan WPKL, MPP Zon dan KHM Lembah Pantai menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan harian kepada Rajakani a/p Gopal, 86.

 

“Badan pengurusan difahamkan tidak mampu menampung kos perbelanjaan kerana ramai yang belum melangsaikan kos tunggakan penyelenggaraan,”tegas Fahmi lagi.

“Rentetan itu, saya dan pihak Pesuruhjaya Bangunan KL sedang mencari jalan penyelesaian, tetapi ia akan mengambil  masa yang agak lama kerana difahamkan Mesyuarat Agong Tahunan JMB belum dilaksanakan,” jelas Fahmi Fadzil mengenai masalah tersebut.

 

Beliau turut menyantuni  tiga keluarga di perumahan AC4 yang hidup dalam keadaan serba daif sambil menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak, garam dan tepung kepada mereka.  Beliau  juga akan meneliti bentuk bantuan yang boleh disalurkan kepada keluarga tersebut pada masa akan datang.

 

Bukan sekadar beramah mesra dengan orang ramai sekitar perumahan malah sikap prihatin Fahmi Fadzil yang menyantuni penduduk  dari rumah ke rumah sangat dipandang tinggi oleh masyarakat setempat khususnya  warga Parlimen  Lembah Pantai. Ini memberi impak yang besar dimana pemimpin dan rakyat berpisah tiada.

-AO

Tinggalkan komen anda