Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

‘Running Man Kampung’ Tawan Jiwa Belia Semarak Semangat Patriotisme.

By 18 September 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto :  Fauziah Abdullah (Seremban)

SEREMBAN, 18 Sep (Malaysiaaktif) – Perkembangan pesat dalam bidang teknologi dan globalisasi bukan sahaja memberi cabaran dalam bidang ekonomi, politik dan sosial malah kesannya turut dirasai dalam membentuk budaya golongan belia dan akibatnya, penglibatan golongan belia dalam aktiviti kemasyarakat dilihat semakin berkurangan.

Selain keluarga dan guru di sekolah, pemimpin masyarakat setempat turut memainkan peranan penting dalam memastikan golongan belia tidak terlalu hanyut dengan arus teknologi sehingga mengabaikan kemahiran bersosial dan tidak cakna dengan masyarakat dan isu semasa.

Pengerusi Komuniti Harapan Malaysia Taman Andalas, Ahmad Daud Darman, berkata sebagai ibu bapa dan pemimpin komuniti, mereka haruslah bijak merancang aktiviti bagi memastikan anak-anak muda dan belia di kawasan ini turut berminat untuk melibatkan diri mereka.

WhatsApp Image 2019-09-16 at 11.55.06

Ucapan perasmian oleh Arul Kumar Jambunathan (Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan Dan Hal Ehwal Bukan Islam).

“Jika kita lihat pada hari ini, acara ‘Running Man Kampung’ mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada golongan belia di taman ini, program ini dilihat serasi dengan jiwa mereka maka tidak hairanlah jika semua sanggup melibatkan diri sedari awal bermula peringkat merancang sehinggalah ke perlaksanaan,” katanya ketika ditemui.

Pengerusi SeJIWA Taman Andalas, Zahwariah Ali turut berpendapat bahawa pemimpin setempat memainkan peranan besar dalam memastikan golongan belia melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan kemasyarakatan.

“Kita perlulah kreatif dan berfikiran terbuka dalam merancang segala aktiviti dan pengisian program agar golongan belia berminat untuk turut serta dan tidak merasa terpinggir, apabila kita memahami kecenderungan dan memenuhi keperluan mereka maka mudah untuk kita mendekati golongan belia ini,” ujarnya.

Program Sepakat [email protected] “Sayangi Malaysiaku” Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Dan Pelancaran Sayangi Jiran Warga Emas di Taman Andalas Mantin hari ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan Dan Hal Ehwal Bukan Islam, Arul Kumar Jambunathan.

Selain ‘Running Man Kampung’, pelbagai aktiviti turut diadakan seperti pertandingan mewarna, acara sukaneka, cabutan bertuah dan nyanyian lagu patriotik.

– AK

Tinggalkan komen anda