Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

2.8 Juta Terima Subsidi Petrol Mulai Januari Tahun Depan

By 7 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: YokaNanthini Murugeesan (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 7 Okt (Malaysiaaktif) – Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang memenuhi kriteria pemilikan kenderaan bakal menerima manfaat Program Subsidi Petrol (PSP) sebanyak RM30 sebulan bagi kereta dan RM12 sebulan bagi motosikal.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata PSP bersasar ini akan dilaksanakan pada Januari 2020 dan harga petrol RON95 akan diapungkan dan harga akan diselaraskan secara beransur-ansur.

“Para penerima perlu memenuhi kriteria pemilikan kenderaan yang telah ditetapkan iaitu kereta 1,600 cc dan ke bawah dan kereta melebihi 1,600 cc yang berumur 10 tahun dan ke atas.

“Manakala kategori motosikal yang layak pula adalah motosikal 150 cc dan ke bawah dan motosikal melebihi 150 cc yang berumur tujuh tahun dan ke atas,” katanya ketika pelancaran program dan sidang media khas di Kementerian Perdangangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), di sini hari ini.

Menurut Saifuddin, bantuan tunai akan terus dimasukkan dalam akaun penerima yang layak setiap empat bulan sekali.

β€œProgram Subsidi Petrol hanya dilaksanakan di semenanjung Malaysia sahaja manakala Sabah, Sarawak dan Labuan harga petrol kekal RM2.08 seliter,” katanya.

“Pengagihan semula subsidi yang saksama dan penggubalan dasar adalah berpandukan data yang diperoleh daripada data asas BSH dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Orang ramai boleh mendapat maklumat lanjut mengenai PSP di laman sesawang psp.kpdnhep.gov.my dan semakan kelayakan boleh dibuat bermula 15 Oktober depan.

-SH

Tinggalkan komen anda