Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Perayaan Kuih Bulan dan Pesta Tanglung Disambut Meriah

By 7 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Mohd Muhaimin Amran (Jasin)

JASIN, 7 Okt (Malaysiaaktif) – Perayaan Kuih Bulan dan Pesta Tanglung merupakan simbolik memperingati sejarah bagaimana masyarakat Cina yang bekerja sebagai petani pada suatu ketika dahulu berjaya menggulingkan penjajah Dinasti Yuan.

SMKA Tun Perak turut menyertai Perarakan Pesta Tanglung.

SMKA Tun Perak turut menyertai Perarakan Pesta Tanglung.

Mesej utama penganjuran program ini adalah bukti bagaimana pemberontak pada zaman dahulu menjadikan Kuih Bulan sebagai ‘Gajet’ atau alat telekomunikasi dalam menyampaikan mesej kepada masyarakat sekitar tentang masa dan tempat ketika peperangan berlaku.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bemban, Wong Fort Pin perkara ini membuktikan peperangan tanpa sebarang peralatan perhubungan yang canggih sekali pun boleh menumbangkan penjajah.

“Jika rakyat mampu bersatu padu, bekerjasama dalam apa jua perkara serta berani mempertahankan negara sudah pasti kita tidak akan dapat diganggu oleh anasir luar yang memandang perpaduan dan kedaulatan di negara kita sebagai ketinggalan zaman,” ujarnya.

Nur Umairah Farzana 14, Johan Pertandingan Mengarang daripada SMK Tan Sri Aziz Tapa.

Nur Umairah Farzana 14, Johan Pertandingan Mengarang daripada SMK Tan Sri Aziz Tapa.

Nur Umairah Farzana, 14, peserta Pertandingan Mengarang dari Sekolah Menengah Tan Sri Aziz Tapa, Jasin ini turut teruja dipilih menjadi Johan Keseluruhan tidak menyangka penyertaan pertama kali di program sebegini memberi peluang kemenangan kepadanya dan sekolah serta berharap dapat menyertainya lagi pada masa akan datang.

Program yang julung kali diadakan ini telah berlangsung di Dewan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Bemban dengan penyertaan keseluruhan melebihi 400 orang.

-KN

Tinggalkan komen anda