Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

3,000 Pengunjung Meriahkan Sepakat@Komuniti Pahang

By 15 Oktober 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: S.Farisah /Sh.Nurrul (Pahang)

JERANTUT, 15 Okt (Malaysiaaktif) – Kemeriahan Program Sepakat@Komuniti Peringkat Negeri Pahang 2019 yang berlangsung selama tiga hari telah melabuhkan tirai dengan jayanya dihadiri hampir 3,000 pengunjung.

Antara peserta Pertandingan Mewarna sedang tekun menyiapkan tugasan yang diberi.

Antara peserta Pertandingan Mewarna sedang tekun menyiapkan tugasan yang diberi.

Pada hari terakhir program, pelbagai aktiviti rancak dijalankan. Antaranya ialah Pertandingan Akhir Karaoke Bintang Patriotik. Juara telah disandang oleh Hizan Bakri dari Kuala Lumpur, naib juara pula ialah Zulaikha Khalid dari Temerloh dan tempat ketiga ialah Khairun Najwa juga dari Kuala Lumpur.

Peserta cilik Pertandingan Beyblade.

Peserta cilik Pertandingan Beyblade.

Selain itu juga, terdapat Pertandingan E-Sports Championship- PES 2020, Beyblade, Pertandingan Mewarna Kanak- kanak dan juga demontrasi masakan.

Pada sebelah malam pula Kumpulan Seri Wawasan, Temerloh dan Seri Jara, Maran membuat persembahan dikir barat sekaligus menutup tirai program.

-KN

Tinggalkan komen anda