Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Sambutan Bulan Sukan Negara Disambut Meriah

By 15 Oktober 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/ foto: Muhamad Zaini Dollah/ Mohd Faizal Mat Akhir (Seberang Perai Selatan)

NIBONG TEBAL, 15 Okt (Malaysiaaktif) – Sempena Sambutan Bulan Sukan Negara, Pejabat Belia Dan Sukan Daerah SPS dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah SPS telah menganjurkan pelbagai aktiviti bagi menarik perhatian masyarakat untuk turut serta bagi menjayakan sambutan bulan sukan negara di sini.

Fokus utama penganjuran Sambutan Bulan Sukan Negara (BSN) adalah untuk mewujudkan sebuah masyarakat bersukan, selaras dengan hasrat kerajaan bagi menjadikan negara ini sebagai negara yang mempunyai rakyat yang sentiasa bersukan dan dibudayakan.

Upacara Perasmian oleh Datuk Mansor Othman

Upacara Perasmian oleh Datuk Mansor Othman

Menurut Ahli Parlimen Nibong Tebal, Mansor Othman ketika merasmikan program berkata, “Aktiviti sukan menerusi BSN mampu menjadi budaya hidup setiap ahli masyarakat untuk menjaga kecergasan dan kesihatan selain berpotensi untuk dijadikan sebagai satu kerjaya.”

“Diharap dengan menghidupkan semangat sukan ini dapat melahirkan lebih ramai atlet di kalangan anak muda agar dapat mewakili daerah, negeri malah hingga ke peringkat kebangsaan,” katanya lagi.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti senamrobik perdana, hadiah cabutan bertuah, sukaneka, gusti lengan, memanah dan persembahan himpunan wajadiri yang terdiri dari Pertubuhan Silat Cekak, Silat Pusaka Gayong Malaysia, Silat Gayong Malaysia, Wushu, Silambam, Taekwondo, T Beton, Senior Maraj, Gerak Ilham dan Tai Chi Quan.

Persembahan taekwondo

Persembahan taekwondo

Turut hadir ADUN Sungai Bakap, Dr Amar Pritpal Abdullah dan Pegawai Daerah Seberang Perai Selatan, Yazman Yahya.

-II-

Tinggalkan komen anda