Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

Bersama Memelihara Institusi DiRaja

By 9 Oktober 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Sapar Sutir (Rembau)

REMBAU,  9 Okt  (Malaysiaaktif) – Seramai kira-kira 40 orang ahli Kelab Pemilik Motosikal GTR (GTROC) Negeri Sembilan telah memeriahkan Majlis Santapan Tengahari sempena Program Jelajah Tautan Kasih ke Luak Rembau di Kediaman Rasmi Dato Undang Rembau di sini baru-baru ini.

Dalam majlis tersebut, Dato Undang Luak Rembau, Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman telah berkenan berangkat bagi meraikan dan beramah mesra bersama peserta jelajah tersebut.

WhatsApp Image 2019-10-08 at 16.20.34

Sebahagian daripada motosikal berkuasa tinggi milik ahli Kelab GTROC N9.

Beliau mengalu-alukan kedatangan para peserta jelajah dan berharap agar para peserta dapat mengambil kesempatan untuk mengenali dengan lebih dekat akan Institutsi DiRaja serta adat Luak Rembau.

“Besar harapan kami agar hubungan baik yang sedia terjalin ini dapat berperanan dalam memelihara, mempertahankan, mempertabatkan dan memperkasakan lagi Institusi DiRaja serta agama Islam di negara ini,” ujar Dato Undang dalam majlis tersebut.

WhatsApp Image 2019-10-08 at 16.20.33 (1)

Antara tetamu yang hadir ke majlis santapan tengahari.

Jelajah tersebut diketuai oleh Timbalan  Pengarah Majlis Keselamatan Negara, ACP Mohd Raus Ab Wahab dan turut disertai oleh Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, ACP Jamel Salleh.

Turut hadir ke majlis,  Dato-Dato Penyandang Pusaka Adat Luak Rembau serta wakil agensi-agensi kerajaan daerah Rembau.

-AK

Tinggalkan komen anda