Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Deepavali Peluang ‘Terangi’ Golongan Memerlukan

By 26 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)

LABUAN, 26 Okt (Malaysiaaktif) – Perayaan Deepavali merupakan peluang untuk ‘menerangi’ kehidupan golongan yang memerlukan bantuan dan pertolongan.

Menurut Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli, ia selari dengan pengertian Deepavali atau Pesta Cahaya iaitu kejayaan cahaya mengatasi kegelapan dan kebaikan menumpaskan kezaliman.

“Bersama-samalah kita menggunakan kesempatan ini untuk melipat-gandakan usaha demi memberi ruang dan peluang yang lebih baik kepada masyarakat sekitar,” katanya menerusi satu perutusan Hari Deepavali 2019, di sini hari ini.

Kerajaan juga katanya komited membantu kaum India dalam meningkatkan struktur, budaya
dan ekonomi agar tidak tercicir daripada arus pembangunan negara.

“Salah satu usaha adalah ke arah penambahbaikan kualiti pendidikan termasuk fasiliti pengajaran dan peluang pembelajaran dalam negara.

“Ini kerana pendidikan sangat penting dalam pembentukan bangsa yang berkualiti serta dapat membantu dalam aspek pembangunan negara selaras dengan tema Belanjawan 2020 iaitu “Malaysia Wibawa: Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera”,” katanya lagi.

Tambah Rozman, sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa dan kaum, kita haruslah sentiasa bersyukur kerana dapat mengamalkan tradisi-tradisi yang telah diamalkan sejak turun-temurun.

“Saya berharap tahun 2019 kali ini, perayaan Deepavali disambut penuh
semangat muhibah kerana sambutan sebegini dapat memupuk hubungan persaudaraan dan keharmonian yang lebih kukuh dalam kalangan semua kumpulan etnik.

“Ambillah kesempatan cuti umum dan hujung minggu kali ini untuk mengunjungi dan menziarahi ahli keluarga dan sahabat handai bagi mengeratkan silaturahim dan perpaduan yang kukuh sesama kita,” jelasnya.

-SH

Tinggalkan komen anda