Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Deepavali Perkukuh Persahabatan Antara Kaum

By 25 Oktober 2019Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Parimala Devi Suppiah/Abd. Halim Jumat (Jelebu)

JELEBU, 25 Okt (Malaysiaaktif) – Pengasas dan Pengerusi Yayasan Budi Tan Sri Dr. Rais Yatim menjelaskan persahabatan bukanlah sesuatu yang dibuat menerusi politik, sebaliknya menerusi budi bahasa.

“Politik tidak kekal tetapi perkara-perkara yang berasaskan persahabatan akan kekal selagi masyarakat memahami antara satu sama lain,” katanya sempena Majlis Sambutan Deepavali  peringkat Jelebu, di sini semalam.

Tambah Rais, masyarakat selaku komuniti perlu mengambil insiatif untuk memperbaiki dan bergaul dengan masyarakat daripada kaum lain agar hubungan kekal sentosa.

“Saya ingin menyeru kepada warga Jelebu terutamanya golongan muda, jangan anggap politik itu kuasa terakhir, anggap persahabatan itu lebih penting, dan masyarakat pelbagai kaum ini perlulah mempunyai interaksi dalam bersosial,” tambahnya.

Majlis Sambutan Deepavali yang diadakan di Dewan Yayasan Budi, Klawang ini dihadiri seramai 47 orang penerima bantuan Yayasan Budi terdiri daripada golongan miskin, pelajar, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.

Turut hadir Puan Sri Masnah Rais dan Pemangku Pegawai Daerah Jelebu Nurul Huda Musa.

-SH

Tinggalkan komen anda