Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Politeknik METrO Johor Bahru Lahir Modal Insan Cemerlang

By 25 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto : Shamsul Sulaiman/Mohd Zahid Othman (Kulai)

KULAI, 25 Okt (Malaysiaaktif) – Modal insan yang berkepakaran tinggi dan mempunyai sikap profesionalisma yang cemerlang merupakan kunci utama kepada kejayaan sesebuah organisasi.

Menurut Ketua Jabatan Audit Dalaman, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Tan Sri Dr Othman Ibrahim, seseorang kakitangan atau pelajar sesuatu organisasi akan menjadi lebih cemerlang apabila diberikan penghargaan berdasarkan kejayaan yang dicapai.

“Justeru itu, majlis seperti hari ini memberi impak kecemerlangan kepada Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) dalam memastikan kejayaan berterusan di masa akan datang dan menjadi pembakar semangat di kalangan pegawai, kakitangan dan pelajar,” katanya semasa berucap pada Majlis Apresiasi PMJB 2019, di sini, baharu-baharu ini.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Integrity and Governance Unit of Iskandar Regional Development Authority, Ahmad Faizal Ismail dan Pengarah Politeknik METrO Johor Bahru, Azirin Abdul Aziz.

Majlis Apresiasi Politeknik METrO Johor Bahru merupakan salah satu cara untuk menghargai jasa pelajar dan kakitangan di PMJB - Nurul Atika binti Ambak

Majlis Apresiasi Politeknik METrO Johor Bahru merupakan salah satu cara untuk menghargai jasa pelajar dan kakitangan di PMJB – Nurul Atika binti Ambak

Majlis apresiasi ini memberi penghargaan kepada kecemerlangan yang dicapai oleh pegawai, kakitangan dan pelajar PMJB menerusi lima kategori utama dan diantara kategori yang diadakan adalah Anugerah Kecemerlangan Staf yang diberikan kepada Noor Afizah Atan (Pengajaran dan Pembelajaran), Nur Asikin Abdul Aziz (Inovasi dan Pengkomersialan), Diana Lee Phooi Yan (Penulisan dan Penerbitan) dan Mohamad Ghadafi Bin Shari (E-Pembelajaran).

Manakala Anugerah Permata Budi pula dimenangi oleh Mohd Ezry Muhammad Rizal Tan dan Anugerah Pekerja Contoh Bulanan 2019 diberikan kepada Bahariatulaini Badri@Harun (Staf Akademik) dan Idah Ismail (Staf Pentadbiran).

Pelajar-pelajar PMJB turut diraikan menerusi penyampaian anugerah dalam kategori My Polystar Sukarelawan, My Polystar Sukan, My Polystar Kepimpinan yang dimenangi oleh Nur Syaswani Mohamad Radzi, Aqmal Saufee Ahmad dan Nur Atika Ambak.

Pelajar Diploma Perbankan Islam dan Kewangan, Nurul Atika binti Ambak, 31, berkata Majlis Apresiasi Politeknik METrO Johor Bahru merupakan salah satu cara untuk menghargai jasa pelajar dan kakitangan di PMJB.

Pengiktirafan kecemerlangan pelajar akan membakar semangat pelajar yang lain untuk menyertai program yang dianjurkan di politeknik - Muhammad Iqbal Sariman

Pengiktirafan kecemerlangan pelajar akan membakar semangat pelajar yang lain untuk menyertai program yang dianjurkan di politeknik – Muhammad Iqbal Sariman

“Dengan cara ini ianya dapat memberi semangat dan motivasi kepada setiap orang untuk lebih memberi khidmat dan tenaga mereka kepada institusi dan kami juga merasakan segala penat lelah selama ini dihargai,” ujar beliau.

Seorang lagi pelajar dalam jurusan Diploma Logistic and Supply Chain Management, Muhammad Iqbal Sariman, 19, berkata setiap pelajar kini mempunyai sasaran untuk lebih cemerlang dalam setiap program yang dianjurkan.

“Pengiktirafan kecemerlangan pelajar akan membakar semangat pelajar yang lain untuk menyertai program yang dianjurkan di politeknik dan pelajar di sini juga dapat menggunakan pengalaman yang diperolehi untuk diri, keluarga, bangsa dan negara,” jelas beliau lagi.

Turut diadakan pada majlis yang sama adalah penyampaian sijil penghargaan kepada 26 orang Ahli Majlis Perwakilan Pelajar dan 33 orang Penerima Anugerah Ketua Jabatan Sesi Disember 2018.

-NI-

Tinggalkan komen anda