Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

McDonald’s Malaysia Serah Zakat RM101,000

By 25 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan: Hamidah Md Drus (Kuala Pilah)/Muhammad Nabilsyafiq Mohd Hamzah (Pejabat Menteri Besar)

KUALA PILAH, 25 Oktober (Malaysiaaktif) –  McDonald’s Malaysia menyerahkan agihan zakat berjumlah RM101,000.00 kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan sebagai komitmen mereka mengeluarkan zakat perniagaan.

Menurut Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonal’s Malaysia Azmir Jaafar, sebagai sebuah entiti perniagaan milik 100 peratus umat Islam kewajipan membayar zakat adalah tuntutan agama apabila cukup haul.

“Kami telah membayar zakat sejak tahun 2017 dan telah menerima Sijil Pembayar Zakat Korporat daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), menjadikan kami entiti perniagaan pertama yang menerima pengiktirafan ini.

“Hal ini secara langsung memantapkan komitmen syarikat untuk terus menyumbang kepada masyarakat setempat dan pada masa yang sama memenuhi kewajipan sebagai umat islam,” katanya yang ditemui sempena perasmian cawangan baharu restoran tersebut, di sini semalam.

Penerima bantuan Pek Kembali ke Sekolah bersama-sama pek masing-masing.

Penerima bantuan Pek Kembali ke Sekolah bersama-sama pek masing-masing.

McDonald’s Malaysia turut mengadakan Program ‘Kembali Ke Sekolah’ bagi sesi persekolahan tahun hadapan dengan menyaksikan lebih 1,700 kanak-kanak daripada 53 buah sekolah di seluruh Negeri Sembilan menerima pek berupa beg sekolah, satu set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut dan sepasang stoking.

“Pek ‘Kembali ke Sekolah’ akan disampaikan secara berperingkat di negeri-negeri lain seluruh negara sehingga hujung tahun ini sebagai sebahagian daripada program komuniti syarikat bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan,” tambah Azmir lagi.

Sementara itu, Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata kerajaan negeri menyambut baik usaha yang dilakukan oleh McDonald’s Malaysia dalam melakukan aktiviti kemasyarakatan termasuk pembayaran zakat dan Program Kembali ke Sekolah.

-SH

 

Tinggalkan komen anda