Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Dua Segmen Pameran Khas Mula Dibuka Kepada Orang Ramai

By 17 Oktober 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Hamidah Len/ Johnny Joklis (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 17 Okt (Malaysiaaktif) – Dua segmen pameran khas, ‘Dirgahayu Tuan Yang Terutama’ dan ‘Tam : Badak Jantan Terakhir’ dapat disaksikan orang ramai di Kompleks Muzium Sabah sempena Perayaan Hari Jadi Rasmi Yang Dipertua Negeri ke-66.

Pameran berlangsung selama tiga bulan itu dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, pada Selasa.

Pameran ‘Dirgahayu Tuan Yang Terutama’ memaparkan penglibatan Tun Juhar dalam program sosial dan kemasyarakatan dalam membimbing rakyat ke arah perpaduan, kestabilan dan kemakmuran.

Manakala pameran ‘Tam : Badak Jantan Terakhir’ berkisarkan seekor badak Sumatera yang dikenali sebagai Two-Horned Rhinoceros yang hanya terdapat di Sumatera dan Malaysia, khususnya di Sabah.

KENANGAN..Tun Juhar mengatakan sesuatu mengenai foto yang dipamerkan.

KENANGAN..Tun Juhar mengatakan sesuatu mengenai foto yang dipamerkan.

Tam atau nama penuhnya Kertam merupakan seekor badak sumbu jantan terakhir yang ditemui pada 15 Ogos 2008 di Padang Unicon, berhampiran Hutan Simpan Kertam, tetapi mati pada pada 27 Mei 2019 akibat pelbagai komplikasi dalaman.

Jabatan Muzium Sabah telah mengawet badak tersebut untuk dipamerkan kepada orang ramai bagi memberi kesedaran dan kepentingan menjaga ekosistem serta kelangsungan spesies flora dan fauna di negara kita.

Hadir sama di majlis tersebut Toh Puan Norlidah R.M Jasni; Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Jaujan Sambakong merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk perayaan hari jadi rasmi ke-66; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew Chin Jin; jemaah menteri kabinet dan Pengarah Jabatan Muzium Sabah, Arif Abdul Hamid.

ER

Tinggalkan komen anda