Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Rozman Harap Labuan Rasai Limpahan Belanjawan 2020

By 17 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 17 Okt (Malaysiaaktif) – Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli, berharap Labuan akan mendapat limpahan peruntukan dalam Belanjawan 2020 yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

Beberapa kemudahan infrastruktur seperti kemudahan sukan perlu dinaik taraf terutamanya Kompleks Sukan Labuan yang dalam keadaan yang mendesak.

“Diharap peruntukan dalam Belanjawan 2020 mencukupi untuk kerja naik taraf dan penyelenggaraan fasiliti sukan di Labuan.

“Banyak acara sukan yang dianjurkan berjaya membantu meningkatkan ekonomi Labuan terutama acara yang melibatkan penyertaan dari luar dan sudah tentu kita memerlukan peruntukan yang lebih selepas ini,” katanya.

Rozman semasa berucap pada Majlis Makan Malam YPL.

Rozman semasa berucap pada Majlis Makan Malam YPL.

Beliau turut mengharapkan kerajaan memberi perhatian serius dalam sektor pelancongan Labuan melalui peruntukan RM1.1 bilion bagi memenuhi aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM2020).

“Sektor pelancongan Labuan menunjukkan momentum yang baik dan kita perlu terusknan momentum ini dengan peruntukan yang lebih terutama dalam mempromosi Labuan menjelang VMY2020,” katanya lagi.

Beberapa peruntukan lain turut mendapat perhatian Rozman antaranya RM1.6 bilion untuk pembangunan infrastruktur kesihatan yang melibatkan Hospital Labuan.

“Diharap peruntukan itu adalah peruntukan baharu selain peruntukan yang sudah diluluskan tahun lalu malah kita ada memohon pembinaan bangunan baharu untuk mengurangkan kesesakan di jabatan-jabatan yang ada di Hospital Labuan,” jelasnya semasa ditemui di Majlis Makan Malam Yayasan Pembangunan Labuan (YPL) Bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan baru-baru ini.

Tambahnya peruntukan besar bagi Kementerian Pendidikan iaitu sebanyak RM64.1 bilion diharap akan mengambil kira keadaan Kolej Matrikulasi Labuan yang memerlukan kerja penyelenggaraan yang mendesak selain peruntukan lain seperti projek kerajaan bernilai RM1.3 bilion yang dikhususkan untuk kontraktor Bumiputera dapat dinikmati oleh kontraktor di Labuan terutama kontraktor kecil.

-SH

Tinggalkan komen anda