Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

“Kempen Pertanian Di Hatiku” Tarik Minat Bercucuk Tanam

By 29 Oktober 2019Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Maisarah Mohd Khalid/Khairuzzaki Ahmad (Johor)

PONTIAN, 28 Okt (Malaysiaaktif) – Sektor pertanian merupakan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi negara selaras dengan Pelan Pembangunan Pertanian Peringkat Kebangsaan dalam menjadikan bidang pertanian sebagai satu sumber pendapatan yang mampan dan kukuh serta menguntungkan.

Majlis Pelancaran Kempen Pertanian Dihatiku Peringkat Negeri Johor dan Program CSR di Komuniti Pekan Nenas anjuran Jabatan Pertanian Negeri Johor merupakan majlis yang julung kalinya diadakan di Negeri Johor.

Sesi lawatan ke Pameran dan Program CSR oleh ADUN Pekan Nenas.

Sesi lawatan ke Pameran dan Program CSR oleh ADUN Pekan Nenas.

ADUN Pekan Nenas Yeoh Tung Siong mewakili Menteri Besar Johor dalam ucapan perasmiannya berkata, “Kempen Pertanian Dihatiku” adalah bertujuan untuk menarik minat menanam kepada segenap masyarakat terutamanya di Komuniti Pekan Nenas khasnya dan di seluruh Negeri Johor.

“Negeri Johor adalah pengeluar buah-buahan terbesar iaitu sebanyak 567,300 tan matrik bagi tahun 2018 dan pengeluar sayur kedua terbesar iaitu sebanyak 198,470 tan matrik bagi tahun yang sama,” ujarnya.

Tanaman cili, terung di sebelah luar pusat komuniti Pekan nanas menggunakan kaedah fertigasi yang membolehkan hasil tanaman dituai dalam tempoh singkat.

Tanaman cili, terung di sebelah luar pusat komuniti Pekan nanas menggunakan kaedah fertigasi yang membolehkan hasil tanaman dituai dalam tempoh singkat.

Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) Jabatan Pertanian Negeri Johor Azreen Basir menyatakan bahawa program diadakan bagi mempromosikan pertanian bandar untuk penduduk bandar yang tidak mencukupi tanah mahupun yang tidak mempunyai tanah agar membolehkan mereka untuk bercucuk tanam.

Ini merupakan inisiatif Jabatan Pertanian bagi golongan para petani di mana program ini merupakan program yang pertama kali dilancarkan di Negeri Johor, dan pada tahun hadapan program seperti ini akan dilancarkan pada peringkat Kebangsaan di Parlimen Pulai dan akan dijalankan selama 5 tahun.

ADUN Pekan Nenas Yeoh Tung Siong menyampaikan sijil kepada para peserta program.

ADUN Pekan Nenas Yeoh Tung Siong menyampaikan sijil kepada para peserta program.

Majlis Pelancaran ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk setempat di mana para tetamu dan peserta yang hadir juga diberikan kursus dan juga ‘hands-on‘ mengenai aktiviti bercucuk tanam, mereka juga telah diberikan pasu, baja, benih, dan juga media iaitu sabut bagi menggalakkan mereka untuk bercucuk tanam.

Zawias Abdul Majid, 57, yang merupakan Penduduk di kawasan Pekan Nenas berkata program seperti ini perlu diteruskan agar dapat membantu para petani mahupun penduduk setempat dalam aktiviti bercucuk tanam.

“Aktiviti ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan dirinya sendiri termasuk ahli keluarga mengenai cara bercucuk tanam dengan betul.”

ADUN Pekan Nenas ketika sesi lawatan ke pameran sempena Pelancaran Kempen Pertanian Dihatiku Peringkat Negeri Johor.

ADUN Pekan Nenas ketika sesi lawatan ke pameran sempena Pelancaran Kempen Pertanian Dihatiku Peringkat Negeri Johor.

“Banyak manfaat yang diperolehi dari program ini diantaranya dalam mengenali jenis tumbuh-tumbuhan dan juga jenis baja yang digunakan dalam aktiviti penanaman,” katanya lagi.

Program seperti ini mampu melahirkan lebih banyak golongan petani dan ia mampu menjamin kelangsungan pengeluaran bahan makanan dan juga bahan mentah untuk industri  berasaskan sumber seperti ini.
-NI-

Tinggalkan komen anda