Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Pendidikan STEM Acuan Pembangunan Modal Insan Berdaya Saing

By 29 Oktober 2019Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Nurazreen Abd Rahman/ Ahmad Fukrazi Ramli (Seberang Prai Utara)

TASEK GELUGOR, 29 Okt (Malaysiaaktif) – Program berbentuk pertandingan inovasi kreatif, bengkel, kuiz, pameran dan pertandingan mewarna yang berkaitan sains dan teknologi merupakan satu inisiatif yang amat baik. Terutamanya dalam usaha untuk memupuk, mendedahkan dan menggalakkan para pelajar dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang tentang kepentingan sains dan teknologi bagi menghadapi cabaran revolusi industri 4.0.

Program Hari Sains dan Inovasi pelajar tahun 2019 di Sekolah Kebangsaan Pokok Sena adalah bukti usaha Kementerian Pendidikan Negeri Pulau Pinang untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan berbakat serta berkemahiran tinggi melalui pendidikan pengkhususan STEM (Sains,Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) dalam usaha untuk menjadikan negeri Pulau Pinang sebagai pusat kecemerlangan dan teraju utama dalam pendidikan STEM ini.

“Menyedari akan tanggungjawab sosial ini, kerajaan negeri telah meluluskan pelaburan sejumlah RM68 juta bagi memperkenal dan mempromosikan pendidikan STEM melalui penubuhan beberapa organisasi STEM seperti Penang Science Cluster (PSC), Tech Dome Penang(TDP), Penang Skills Development Centre (PSDC), Penang Math Platform dan Penang Digital Library (PDL) sebagai persediaan awal kepada anak-anak di negeri ini,” ujar Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow  semasa memberikan ucapan  dalam majlis perasmian. Menurutnya lagi, pemikiran saintifik serta inovasi merupakan elemen terpenting yang perlu diterapkan di peringkat awal sekolah lagi bagi memupuk minat dan kesungguhan pelajar dalam bidang ini.

Turut disampaikan sijil penyertaan kepada sekolah-sekolah rendah yang menyertai pertandingan ini

Turut disampaikan sijil penyertaan kepada sekolah-sekolah rendah yang menyertai pertandingan ini

Program yang bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga 1.00 tengahari ini telah disertai 15 buah sekolah yang telah mempersembahkan projek masing-masing bagi memenangi pertandingan yang dianjurkan. Pengalaman yang ditimba oleh para pelajar diharapkan akan dapat menjadikan perangsang untuk kejayaan pada masa hadapan melalui penghasilan kreatif dan semangat berpasukan yang tinggi.

Menurut Guru Besar SK Bagan Tuan Kechil, Muhamad Sukri Abd Karim yang menyertai Pertandingan Sains dan Inovasi ini “Projek inovasi yang berkaitan fasa-fasa bulan dengan tajuk bentuk badan saya telah dihasilkan oleh pelajar sekolah bersama  bimbingan guru. Selain itu projek ini juga  menggunakan bahan kitar semula yang berkonsepkan ‘fun and hands on learning’.”

SK Bagan Tuan Kechil merupakan antara sekolah yang menyertai pertandingan kali ini sempena Hari Sains dan Inovasi Pelajar 2019

SK Bagan Tuan Kechil merupakan antara sekolah yang menyertai pertandingan kali ini sempena Hari Sains dan Inovasi Pelajar 2019

Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Mohd Jamil Mohamed, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Abdul Rashid Abdul Samad, Pegawai Daerah Seberang Perai Utara, Zulkifli Rashid.

-II-

Tinggalkan komen anda