Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Kempen Pertanian Dihatiku Inisiatif Kerajaan  Memperkasakan Pertanian Bandar

By 28 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto : Rabiaton Adawiah Ahmed Tajudin/Suhana Mohd Ariffin (Johor Bahru)

PEKAN NANAS, 28 Okt (Malaysiaaktif) – Pelancaran Kempen Pertanian Dihatiku Peringkat Negeri Johor yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Johor telah memberi manfaat kepada komuniti di seluruh daerah di negeri ini.

Dalam memperkasakan Program Pertanian Bandar, ADUN Pekan Nanas, Yeoh Tung Siong yang mewakili Menteri Besar Johor telah menyampaikan sejumlah peruntukan Program Pertanian Bandar Kategori Komuniti kepada semua daerah.

Penyampaian peruntukan Program Pertanian Bandar Kategori Komuniti kepada seluruh daerah di Negeri Johor.

Penyampaian peruntukan Program Pertanian Bandar Kategori Komuniti kepada seluruh daerah di Negeri Johor.

Daerah Pontian yang sinonim dengan daerah pertanian telah menerima peruntukan sejumlah RM80,900 termasuk kategori individu, manakala sembilan daerah yang lain iaitu Batu Pahat menerima peruntukan sebanyak RM37,000, Johor (RM80,100), Kulai (RM26,100), Kluang (RM25,000), Kota Tinggi (RM14,250), Mersing (RM26,000), Muar (RM29,700), Segamat (RM15,100) dan Tangkak (RM29,900).

Peruntukan ini adalah pemberian dalam bentuk anak benih, baja, racun, pasu dan lain-lain kelengkapan untuk program Pertanian Bandar serta khidmat nasihat dan sokongan daripada Jabatan Pertanian Negeri Johor.

Kaedah hidroponik yang diamalkan melalui program Pertanian Bandar.

Kaedah hidroponik yang diamalkan melalui program Pertanian Bandar.

Pertanian Bandar ini diwujudkan untuk menggalakkan amalan teknologi pertanian di kawasan bandar serta mengurangkan kos sara hidup untuk menampung keperluan harian di mana fokus utama program ini untuk menghasilkan industri hiliran bagi menambah pendapatan penduduk setempat.

Aktiviti pertanian di kawasan bandar dan pinggir bandar adalah menghasil, memproses dan memasarkan produk makanan dan pertanian manakala kaedah pengeluaran tanaman digunakan  secara intensif iaitu mengguna semula sumber asli dan sisa buangan bandar serta kaedah mini fertigasi, hidroponik dan sebagainya.

Kaedah fertigasi membolehkan hasil tanaman dituai dalam tempoh singkat.

Kaedah fertigasi membolehkan hasil tanaman dituai dalam tempoh singkat.

Ketua Kampung Kawasan 5, Kampung Air Putih, Mohd Izham Awang wakil bagi Kategori Komunti Negeri Johor bagi daerah Pontian, ketika ditemui memaklumkan amat gembira dengan peruntukan sejumlah RM80,900 yang diterima dalam bentuk bantuan untuk projek Pertanian Bandar ini yang akan diagihkan kepada komuniti di daerah Pontian yang layak.

“Saya sebagai ketua kampung akan terus menjadi penghubung utama antara Jabatan Pertanian dalam penganjuran program seperti ini terutama di kalangan masyarakat kampung.”

“Dengan cara ini, kita dapat memasarkan maklumat penting dalam pertanian supaya Jabatan Pertanian dapat berganding bahu untuk bersama turun padang memberi penerangan lanjut mengenai inisiatif yang petani kampung boleh perolehi di mana kerjasama yang lebih aktif dapat membantu petani untuk mempromosikan hasil tanaman mereka,” ujarnya lagi.

Pada program ini juga, turut diadakan penyampaian Sijil Bantuan Program Perintis Keusahawanan Johor yang bernilai RM45,100 kepada sembilan orang penerima.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Malaysia, Elias Saat, Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Johor, Azreen Basir dan Yang Dipertua Majlis Daerah Pontian, Nur Syazlan Abd Razak.

-NI-

Tinggalkan komen anda