Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

OKU Turut Sahut Sambutan Bulan Sukan Negara

By 13 Oktober 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Syed Putra Syed Ambon (Pendang)

PENDANG, 13 Okt (Malaysiaaktif) – Sempena Bulan Sukan Negara sepanjang bulan Oktober ini yang disambut setiap negeri, Daerah Pendang juga tidak terkecuali menyambut sambutan tersebut.

Antara yang menarik perhatian adalah penyertaan Orang Kelainan Upaya (OKU)
dalam acara Sukan Sepak Raga iaitu Mohamad Fadhli Aziz, 40, dari Kampung Kepala Bukit, Tobiar Kedah.

Menurut Fadhli, walaupun bertongkat dan bermain dengan satu kaki tidak menghalangnya untuk turut serta bermain sepak raga tuju ini.

“Ini menunjukkan Bulan Sukan Negara merupakan perkara penting dalam menghidupkan kembali budaya dan semangat bersukan yang pernah diamalkan ketika zaman persekolahan melalui hari sukan tahunan,” katanya ketika ditemui, di sini kelmarin.

Semalam telah berlangsungnya Kenduri Sepak Raga Tuju peringkat negeri Kedah di Dewan Rakan Sukan Tanah Merah, Pendang.

Pelbagai agensi, kementerian, pihak swasta, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) serta persatuan-persatuan menyahut sambutan Bulan Sukan Negara ini.

Pelbagai acara disediakan seperti olahraga, briskwalk 5km, senamrobik, zumba, senitari, sepakraga dan pelbagai lagi.

-SH

Tinggalkan komen anda