Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

Semua Pihak Perlu Pertahankan Keamanan Negara – Aidi

By 2 Oktober 2019Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohammad Abd Rahman (Papar)

PAPAR, 30 Sept (Malaysiaaktif) – Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Datuk Aidi Mokhtar menyeru semua pihak tanpa mengira fahaman agama, bangsa dan ideologi politik bersatu mempertahankan keamanan negara.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Manis berharap semangat patriotik terus kekal di kalangan rakyat serta perjuangan terdahulu perlu terus diingati.

Perarakan Masuk Kontinjen Majlis Daerah Papar di Padang pekan Papar sempena Sambutan Kebangsaan Peringkat Daerah pada Isnin

Perarakan Masuk Kontinjen Majlis Daerah Papar di Padang pekan Papar sempena Sambutan Kebangsaan Peringkat Daerah pada Isnin

“Saya menyeru agar bersama kita bina negara dengan penuh berintegriti dengan benteng perisai yang kukuh agar jiwa dan diri kita bebas daripada unsur penjajahan.

“Tema sambutan Bulan Kebangsaan pada tahun ini iaitu Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih amat diharapkan ia akan mengembalikan semula perpaduan masyarakat yang telah tersemai dalam jiwa dan sanubari rakyat Malaysia,” katanya.

Perarakan Masuk Kontinjen RELA Papar sempena Sambutan Kebangsaan Peringkat Daerah pada Isnin.

Perarakan Masuk Kontinjen RELA Papar sempena Sambutan Kebangsaan Peringkat Daerah pada Isnin.

Beliau berkata demikian pada majlis Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Daerah Papar di Padang Pekan Papar pada Isnin.

Seramai 2000 orang hadir memeriahkan acara tersebut dengan penglibatan sebanyak 35 kontinjen sekitar daerah Papar yang terdiri daripada sekolah menengah dan rendah, agensi swasta dan kerajaan serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) menyertai acara perbarisan pada kali ini.

Pegawai Daerah Ghulam Rasul pimpin kumpulan Koir Seroja daripada ketua jabatan Agensi Kerajaan semasa sambutan.

Pegawai Daerah Ghulam Rasul pimpin kumpulan Koir Seroja daripada ketua jabatan Agensi Kerajaan semasa sambutan.

Pada majlis tersebut Kontinjen Majlis Daerah Papar tampil Johan kategori Badan Kerajaan dan swasta, diikuti RELA dan KEMAS Papar.

Bagi Sekolah Menengah, tiga kontinjen dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Majakir menang masing-masing dari Kor Kadet Polis, Kadet Bersatu, Persatuan Bersatu Kadet Malaysia (PBKM) dan Pengakap Laut.

Pemenang Kategori Sekolah Menengah, SMK Majakir (Kanan) menerima Hadiah daripada Aidi (Tengah)

Pemenang Kategori Sekolah Menengah, SMK Majakir (Kanan) menerima Hadiah daripada Aidi (Tengah)

Manakala kategori sekolah rendah, Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Papar mendapat Johan, diikuti SK Pengalat Kecil dan SK Buang Sayang.

Bagi persatuan dan NGO, Bridget Bomba Petronas Kimanis muncul juara, diikuti Wanita Warisan dan Persatuan 10 ribu langkah.

Anugerah Kontinjen Teramai diberikan kepada Kontinjen KEMAS Papar dengan penglibatan seramai 120 orang peserta.

Kontinjen Teramai daripada KEMAS Papar (Kanan) menerima hadiah daripada Ghulam (Tengah)

Kontinjen Teramai daripada KEMAS Papar (Kanan) menerima hadiah daripada Ghulam (Tengah)

Sambutan tersebut turut diserikan dengan bacaan ikrar dan Gimik Perasmian Gerak Khas daripada Polis Papar, persembahan Koir Ketua-ketua Agensi Kerajaan diketuai oleh Pegawai Daerah Papar, Ghulam Rasul Habil; Persembahan Mexican Waive 650 Pelajar SMK Pengalat dan Busker Cure & Care Rehabilitation CCRC Papar.

Turut Hadir Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah merangkap ADUN Bongawan, Dr. Daud Yusof; ADUN Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar; Ketua Polis Daerah, Deputy Supritenden DSP Batholomew Ak Umpit serta pemimpin masyarakat setempat.

ER

Tinggalkan komen anda