Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Shamsul Shahril Badliza Galas YDP MPS

By 2 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan / Foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

SELAYANG, 2 Okt (Malaysiaaktif) – Bekas Pegawai Daerah Hulu Langat, Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor, 47, mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang baharu hari ini.

Beliau yang berkelulusan Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan) dari Universiti Utara Malaysia mengalas jawatan tersebut daripada penyandangnya, Suliman Abdul Rahman yang berpindah ke Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara.

Majlis Lafaz Akuan Terima Jawatan dan menandatangani watikah pelantikan selaku YDP MPS ketujuh itu turut disaksikan barisan Ahli-Ahli Majlis serta pengurusan tertinggi MPS di ibu pejabatnya di sini hari ini.

Dalam ucapannya, Shamsul Shahril berhasrat untuk memastikan MPS menyediakan perkhidmatan perbandaran terbaik kepada masyarakat dan mementingkan kerjasama pembayar cukai.

“Kerjasama pembayar cukai adalah penting dalam melunaskan cukai taksiran mereka agar MPS dapat menyediakan perkhidmatan yang lebih baik.

Shamsul Shahril Badliza (dua dari kiri) mengetip kad perakam waktu sebagai YDP Majlis Perbandaran Selayang (MPS) berkuat kuasa hari ini.

Shamsul Shahril Badliza (dua dari kiri) mengetip kad perakam waktu sebagai YDP Majlis Perbandaran Selayang (MPS) berkuat kuasa hari ini.

“Selain itu fokus akan turut diberi terhadap isu-isu sampah, infrastruktur dan kemudahan awam seperti jalan raya, longkang dan lain-lain,” katanya.

Beliau yang berpengalaman lebih 20 tahun di dalam perkhidmatan awam, berharap Ahli-ahli Majlis MPS dapat menyalurkan maklumat dan aduan bagi membolehkan MPS membuat tindakan.

“Sekiranya segala infrastuktur dan kemudahan sedia ada dimajukan, MPS mampu menjadi satu destinasi pelancongan.

“Penekanan tempat-tempat berpotensi sebagai kawasan perlancongan untuk dinaik taraf dan dimajukan seperti di Taman Ekstrem Gua Damai, Taman Rimba Bukit Lagong, HUTLISTA dan Kolam Air Panas Selayang,”

-NAZ

Tinggalkan komen anda