Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Setiap Kaum dan Kebudayaan Dihargai

By 26 Oktober 2019Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Vasugi Uttandisamy (Seremban)/Muhammad Nabilsyafiq Mohd Hamzah (Pejabat Menteri Besar)

SEREMBAN, 26 Okt (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata kerajaan negeri sentiasa bersifat terbuka dan menghargai semua kaum dan kebudayaan di negeri ini bagi memastikan segala inisiatif yang dilaksanakan dapat dinikmati oleh rakyat di segenap lapisan masyarakat.

“Karnival Deepavali Peringkat Negeri Sembilan yang bermula sejak seminggu lalu dan berakhir hari ini (26 Oktober) membuktikan kesepakatan kaum kerana walaupun bertemakan Deepavali tetapi terdapat juga kaum Melayu dan Cina yang hadir pada karnival ini.

“Penganjuran ini telah mencapai matlamat dan memberi manfaat kepada seluruh masyarakat India dan Sekolah Tamil di Negeri Sembilan khususnya di mana hasil sepanjang karnival berlangsung ini disumbangkan kepada 61 buah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) di seluruh negeri,” katanya ketika merasmikan majlis penutup karnival tersebut, di sini kelmarin.

Karnival 10 hari tersebut turut diperhebatkan dengan pelbagai persembahan tarian, nyanyian dan hiasan yang bertemakan masyarakat kaum India.

-SH

Tinggalkan komen anda