Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohor

Sepakat@Komuniti Wadah Memupuk Semangat Perpaduan

By 25 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto : Mohd Najib Mohaini (Johor Bahru)

PONTIAN, 25 Okt (Malaysiaaktif) – Sebanyak 1,236 buah Komuniti Harapan Malaysia telah ditubuhkan di seluruh negara dengan 138 buah di Johor di mana 10 buah daripadanya di daerah Pontian.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Eddin Syazlee Shith berkata, “Saya yakin Komuniti Harapan Malaysia dapat memikul tanggungjawab untuk memasarkan, meningkatkan kefahaman dan penghayatan masyarakat setempat terhadap dasar-dasar kerajaan disamping memperkasakan jaringan komunikasi dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum.”

Ketibaan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia disambut oleh masyarakat setempat.

Ketibaan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia disambut oleh masyarakat setempat.

“Program ini bukan sahaja menjadi medium untuk kerajaan memberikan penerangan secara bersemuka tentang isu-isu semasa, malah juga dilihat sebagai medium untuk kita memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat,” katanya ketika berucap merasmikan Sepakat@Komuniti Peringkat Negeri Johor di Dewan Terbuka Kampung Haji Ashari Pontian.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Suhaizan Kaiat, Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital) Jabatan Penerangan Malaysia Datuk Mohd Sukari Abdul Hamid, serta Ketua Kampung Haji Ashari Shifhuddin Said.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Eddin Syazlee Shith semasa menyampaikan ucapan dalam Program Sepakat@Komuniti di Dewan Terbuka Kampung Haji Ashari Pontian.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Eddin Syazlee Shith semasa menyampaikan ucapan dalam Program Sepakat@Komuniti di Dewan Terbuka Kampung Haji Ashari Pontian.

Tambah beliau lagi, fungsi Komunti Harapan Malaysia adalah menjadi tangkai penghubung antara kerajaan dan rakyat untuk menyampaikan aspirasi dan segala dasar-dasar yang dibuat oleh kerajaan supaya ianya difahami dengan jelas dan tepat.

“Kita perlu ingat, persefahaman yang telah dipupuk sejak Merdeka inilah yang mampu menjayakan agenda-agenda nasional yang bertujuan untuk memakmurkan rakyat dan memajukan negara,” ujarnya lagi.

Sesi bergambar kenangan bersama Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Eddin Syazlee Shith.

Sesi bergambar kenangan bersama Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Eddin Syazlee Shith.

Bagi pelan gentian optik dan kesalinghubungan negara, kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM21.6 bilion dalam menyediakan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara untuk bertindak sebagai pemboleh ubah dan persiapan berdepan cabaran global dalam ekonomi digital.

“Dengan adanya kesinambungan digital yang meluas, rakyat akan dapat merasai perubahan ke arah Kemakmuran Bersama dengan lebih menyeluruh dan kerajaan sememangnya menggalakkan penglibatan rakyat dalam membangunkan ekonomi digital di Malaysia sebagai persediaan untuk menghadapi era Revolusi 4.0,” katanya.

Dalam majlis tersebut, beliau turut menyampaikan ‘decoder’ MyTV kepada penerima B40 yang berkelayakan sempena penutupan siaran analog sepenuhnya pada 31 Oktober 2019.
-NI-

Tinggalkan komen anda