Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Boling Kampung Suburkan Amalan Hidup Sihat

By 26 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)

LABUAN, 26 Okt (Malaysiaaktif) – Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sungai Bangat dan Persatuan Penyayang Labuan (Penyala) bekerjasama menganjurkan Pertandingan Boling Padang Tertutup Kampung Sungai Bangat bagi memeriahkan lagi Bulan Sukan Negara (BSN) 2019.

Menurut Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan merangkap Pengerusi Penyala Dr. Ramli Tahir, penganjuran pertandingan itu amat bersesuaian dengan BSN yang disambut sepanjang bulan Oktober.

“Pertandingan ini merupakan satu pendekatan yang baik dalam menyuburkan amalan hidup yang sihat dan positif dalam kalangan komuniti kampung.

“Program ini bukan sekadar mencari pasukan yang menang malah ianya menjadi peluang saling berinteraksi sekaligus merapatkan hubungan silaturahim di antara semua penduduk kampung tanpa mengenal lapisan umur dan kaum,” katanya ketika ditemui, di sini baru-baru ini.

Peserta bergambar kenangan.

Peserta bergambar kenangan.

Sementara itu, Pengerusi MPKK Sungai Bangat Osman Dullah, berkata pertandingan yang disertai 16 pasukan itu merupakan salah satu program MPKK dalam memupuk gaya hidup sihat dan memeriahkan lagi BSN dengan melibatkan ahli komuniti kampung.

“Kita di Sungai Bangat tidak mahu ketinggalan dalam membantu menghidupkan BSN dengan program-program kesukanan yang dapat menghubungkan para penduduk yang mungkin jarang bersua muka sebelum ini.

“Terima kasih dan tahniah kepada urusetia serta semua peserta yang memberi sokongan kepada program ini sekaligus memberi perangsang kepada kami untuk merancang pelbagai program komuniti pada masa hadapan,” katanya.

Hadir sama Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 2 Firdaus Abdullah dan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 3 Salim Abd Rahman.

-SH

Tinggalkan komen anda