Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

TVET Penting Dalam Melahirkan Generasi Berkemahiran

By 20 Oktober 2019Tiada komen3 minit bacaan

Laporan/foto: Maisarah Mohd khalid/Musliha Yusof (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 20 Okt (Malaysiaaktif) – TVET merupakan pendidikan secara Latihan Teknikal  dan Vokasional yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan industri di mana Kolej Komuniti Pasir Gudang (KKPG) adalah salah satu institusi yang menekankan TVET kepada para pelajarnya.

KKPG telah menganjurkan satu program Teh Tarik 2.0 Fashion & Beauty Luncheon yang bertemakan raja sehari dan antara aktiviti yang dijalankan ialah manicure express, men haircut demo, handcraft share day, videografi kinemaster, food tester/business demo dan acara kemuncak iaitu fashion & beauty show (Revamp 4.0).

Pelajar-pelajar dari Program Sijil Dadanan Rambut menunjukkan bakat dalam acara 'Men Haircut Demo'.

Pelajar-pelajar dari Program Sijil Dadanan Rambut menunjukkan bakat dalam acara ‘Men Haircut Demo’.

Pensyarah Program Sijil Teknologi Maklumat, Hairul Anuar Masrol, 39, mengatakan bahawa dua perisian iaitu unity 3D dan vuforia adalah penting dalam menghasilkan teknologi realiti berperanta (Augmented Reality – AR) yang berkualiti.

Teknologi AR adalah keupayaan untuk memasukkan objek digital ke dalam pandangan kamera dunia sebenar dan akan menghasilkan pemahaman yang lebih baik tentang sesuatu produk serta membantu memasarkan perniagaan dengan lebih berkesan.

Hairul Anuar Masrol yang merupakan Pensyarah bagi Program Teknologi Maklumat sedang menunjukkan demo AR kepada para tetamu yang hadir.

Hairul Anuar Masrol yang merupakan Pensyarah bagi Program Teknologi Maklumat sedang menunjukkan demo AR kepada para tetamu yang hadir.

“Pencapaian tertinggi yang diperolehi oleh pelajar saya ialah berjaya meraih pingat emas dalam Pertandingan Inovasi di bawah anjuran Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.”

“Kita sedang berhadapan dengan Revolusi Industri 4.0 dan AR ini merupakan revolusi industri dan saya berharap dengan adanya AR ini ianya dapat membantu para pelajar saya mahupun masyarakat diluar sana dari segi pembelajaran digital,” ujarnya lagi.

Program hari ini juga mengetengahkan food tester/ business demo yang melibatkan para pelajar semester akhir dari Program Sijil Pengoperasian Perniagaan dan food tester ini merupakan proses awal dalam aktiviti projek pembangunan perniagaan.

Food Tester merupakan proses awal dalam aktiviti Projek Pembangunan Perniagaan yang melibatkan pelajar-pelajar semester akhir dari Program Sijil Pengoperasian Perniagaan.

Food Tester merupakan proses awal dalam aktiviti Projek Pembangunan Perniagaan yang melibatkan pelajar-pelajar semester akhir dari Program Sijil Pengoperasian Perniagaan.

Suzlina@Norhidayat Abdul Razak, 39, yang merupakan Pensyarah bagi Program Sijil Pengoperasian Perniagaan merangkap Ketua Unit Pengajian Am di Kolej Komuniti Pasir Gudang memberitahu bahawa produk makanan ini merupakan produk yang dijual oleh pelajarnya di sini selama sepuluh minggu kerana ia merupakan projek akhir bagi pelajar semester akhir program ini.

Manakala Siti Saliha Nuurul Jannah Sagir, 37, merupakan alumni KKPG telah berjaya membentuk perniagaan ‘mobile spa‘ secara ‘freelance‘ memandangkan beliau memerlukan masa berkualiti untuk bersama keluarganya dan perniagaannya turut memfokuskan perkhidmatan urutan selepas bersalin (berpantang) dan penjagaan bayi.

Siti Saliha Nuurul Jannah Sagir adalah alumni KKPG yang telah berjaya membentuk perniagaan 'Mobile Spa'.

Siti Saliha Nuurul Jannah Sagir adalah alumni KKPG yang telah berjaya membentuk perniagaan ‘Mobile Spa’.

“Banyak ilmu yang saya dapat di kolej ini dan saya berasa amat bertuah kerana diberi peluang untuk menimba ilmu di sini selama dua tahun bermula pada 2008 hingga 2010.”

“Perniagaan saya bermula pada tahun 2015 dan permintaan terhadap perkhidmatan spa di rumah adalah amat menggalakkan dan kebiasaannya saya akan menerima tempahan melalui telefon,” katanya.

Penglibatan alumni melalui kepakaran dalam bidang berkaitan profesion mereka menjadi dorongan kepada pelajar KKPG untuk menimba ilmu kemahiran sepanjang hayat berasaskan TVET yang mana akan menjadi pemacu utama dalam usaha kerajaan melahirkan tenaga berkemahiran tinggi, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing.
-NI-

Tinggalkan komen anda