Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

34 Beregu Termasuk Brunei Sertai Kejohanan Badminton DSBC 2019

By 12 November 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)

LABUAN, 12 Nov (Malaysiaaktif) – Sebanyak 34 Beregu Lelaki yang disertai 38 pemain menyertai Kejohanan Badminton Lelaki Terbuka anjuran Datuk Seri Badminton Court (DSBC) yang diadakan di Dewan DSBC, Kampung Sungai Keling baru-baru ini.

Kejohanan dua hari itu turut disertai pasukan dari Brunei Darussalam, Semenanjung Malaysia dan Sabah selain tuan rumah sendiri dalam kategori Bawah 15 tahun, Bawah 18 tahun dan Beregu Lelaki Terbuka.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam DSBC Jais Wong, DSBC merupakan kelab badminton paling aktif di Wilayah Persekutuan Labuan yang telah menganjurkan empat hingga lima kejohanan pada tahun ini.

Pemenang bergambar kenangan ketika sesi penyampaian hadiah.

Pemenang bergambar kenangan ketika sesi penyampaian hadiah.

“Kehadiran pemain dari luar sudah pasti akan menyemarakkan lagi kejohanan ini sekaligus membantu menjana ekonomi dan merancakkan lagi industri pelancongan Wilayah Persekutuan Labuan.

“DSBC turut mengundang pasukan dari Brunei, Filipina dan Thailand untuk menyertai kejohanan pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah.

Sementara itu, Pengerusi Kelab DSBC Datuk Seri Goh Sin Han, pada Tahun 2020 DSBC akan menganjurkan acara berpasukan seperti Purple League Junior Bawah 18 Tahun.

“Kelab DSBC akan terus memastikan sukan badminton menjadi acara sukan yang digemari oleh rakyat tempatan sekali gus memberi banyak pilihan kepada mereka untuk mewakili Labuan ke kejohanan badminton pada peringkat kebangsaan pada masa hadapan,” katanya.

Dalam kejohanan itu, kategori bawah 15 tahun dimenangi pasangan Datu Anaz Isaac dan Mohd Abraham, Muhammad Khairul dan Haikal Hazrul mengungguli kategori bawah 18 tahun manakala juara kategori terbuka disandang Muhammad Zuhaily dan Addrell Atek.

-SH

Tinggalkan komen anda