Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

Inovasi Sistem Penyampaian Perlu Seiring Arus Perubahan

By 6 November 2019Tiada komen3 minit bacaan

Laporan/foto: Hazlinah Samsir/Johnny George Kimlon (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 6 Nov (Kota Kinabalu) – Inovasi dalam sistem penyampaian perlu seiring dengan arus perubahan, kata Menteri Pelajaran dan Inovasi, Datuk Dr Yusof Yacob.

“Kita sedia maklum, perkhidmatan awam melaksanakan pelbagai langkah untuk menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan menerusi pendigitalan.

Jennifer (kanan) ketika menyampaikan ucapan.

Jennifer (kanan) ketika menyampaikan ucapan.

“Oleh itu, penjawat awam perlu peka melihat peluang dan ruang kerana selera masyarakat sering berubah seiring dengan revolusi industri 4.0.

“Kita tidak boleh ketinggalan dalam era revolusi ini terutama dalam penciptaan nilai dan pasaran baharu selain ia dapat merubah bagaimana kita beroperasi dan bersaing.

Norzawiyah (kiri) menyampaikan Anugerah Pegawai Cemerlang Bulanan kepada penerima sambil diperhati Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan, Patrick Laing Ngau (tengah).

Norzawiyah (kiri) menyampaikan Anugerah Pegawai Cemerlang Bulanan kepada penerima sambil diperhati Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan, Patrick Laing Ngau (tengah).

“Justeru, adalah menjadi harapan kita untuk melihat fenomena inovasi teknologi yang dipacu bagi menyelesaikan masalah seharian ini, membolehkan kita melakukan transformasi terhadap model perkhidmatan yang diberikan kepada golongan sasar,” ujarnya.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi, Jennifer Lasimbang dalam Malam Apresiasi 2019 Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) di Wisma Wanita, malam tadi.

Norzawiyah (kiri) menyampaikan Anugerah Pegawai Cemerlang Bulanan kepada penerima sambil diperhati Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan, Patrick Laing Ngau (tengah).

Norzawiyah (kiri) menyampaikan Anugerah Pegawai Cemerlang Bulanan kepada penerima sambil diperhati Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan, Patrick Laing Ngau (tengah).

Sementara itu, Pengarah Penerangan Sabah, Norzawiyah Bulka menjelaskan Malam Apresiasi 2019 merupakan gabungan Hari Inovasi dan Penyampaian Anugerah Bulan Keceriaan Kebangsaan Peringkat JaPen 2019.

Bagi menghargai hasil dan usaha inovasi yang dihasilkan warga JaPen, 20 kategori anugerah inovasi dipertandingkan di samping Anugerah Khas Pengarah pada tahun ini.

 

Jennifer (dua dari kanan) menyampaikan Anugerah Keceriaan Bulan Kebangsaan kepada wakil SK Membulu sambil diperhati Norzawiyah (kanan).

Jennifer (dua dari kanan) menyampaikan Anugerah Keceriaan Bulan Kebangsaan kepada wakil SK Membulu sambil diperhati Norzawiyah (kanan).

Manakala, pertandingan keceriaan bertujuan memberi pengiktirafan serta penghormatan kepada seluruh masyarakat yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi dalam menyemarakkan sambutan hari kebangsaan negara.

Norzawiyah turut mengharapkan penganugerahan yang diberikan dapat memacu semangat tenaga kerja semua anggota JaPen seterusnya dapat memperbaharui komitmen serta memperkukuhkan lagi amalan budaya kerja berkualiti.

Siti Mariam (kiri) menerima Anugerah Pegawai Perhubungan Awam Terbaik yang disampaikan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Imelda Godon (kanan).

Siti Mariam (kiri) menerima Anugerah Pegawai Perhubungan Awam Terbaik yang disampaikan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Imelda Godon (kanan).

Antara anugerah yang disampaikan adalah Anugerah Pegawai Penerangan Daerah Terbaik yang diberikan kepada Malina Jamarin, Anugerah Pembantu Penerangan Terbaik disandang Chong Jakol dan Gregory Chai menerima Anugerah Reka Bentuk Terbaik, selain Anugerah Pegawai Cemerlang Bulanan kepada 10 pegawai yang mempunyai prestasi terbaik dari bulan Januari hingga Oktober.

Bagi anugerah bulan keceriaan kebangsaan pula, Hospital Tuaran meraih kategori bangunan kerajaan; Kampung Kobuni, Inanam (kategori kampung tradisional), SMK Kudat (kategori sekolah menengah) manakala SK Pekan, Keningau (kategori sekolah rendah).

Diikuti kategori taman perumahan yang dimenangi Taman Keramat, Likas, SK Membulu, Keningau (kategori pintu gerbang), Kolej Komuniti, Lahad Datu (kategori institut pengajian tinggi) dan suri rumah, Khadijah Ali (kategori individu).

Zaidi (kiri) menerima Anugerah Penolong Pegawai Perhubungan Awam Terbaik yang disampaikan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Imelda Godon (kanan).

Zaidi (kiri) menerima Anugerah Penolong Pegawai Perhubungan Awam Terbaik yang disampaikan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Imelda Godon (kanan).

Sementara itu, Anugerah Pegawai Perhubungan Awam Terbaik diberikan kepada Siti Mariam Aziz Rashid yang menjalankan tugas di Politeknik Kota Kinabalu, Anugerah Penolong Pegawai Perhubungan Awam Terbaik pula jatuh kepada Zaidi Jamin yang bertugas di Hospital Queen Elizabeth dan Anugerah Penulisan Rencana Terbaik diterima oleh Hamidah Len.

Dalam pada itu, Pembantu Penerangan, Mohammad Abdul Rahman juga menerima Anugerah Khas Pengarah atas peranannya yang aktif dalam media sosial, memasarkan maklumat terkini dalam pelbagai platform media seperti instagram, twitter, facebook dan youtube.

ER

Tinggalkan komen anda