Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

Skuad Tinjau Rembau Dilancarkan

By 5 November 2019Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sapar Sutir (Rembau)

REMBAU, 5 Nov (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun, melancarkan Skuad Tinjau Rembau iaitu kumpulan berbasikal yang bertugas meronda menjaga keamanan kawasan sekitar, di sini baru-baru ini.

Inisiatif tersebut merupakan cetusan idea Pegawai Daerah Rembau Mohamad Najib Mustafa sendiri.

Najib memaklumkan bahawa objektif penubuhan Skuad Tinjau adalah untuk meninjau permasalahan masyarakat Rembau dengan konvoi berbasikal ke tempat yang telah dikenal pasti untuk melihat permasalahan dan perkembangan pembangunan kawasan terbabit.

“Kita akan memantau keadaan pembangunan di daerah Rembau ini dan mendekati permasalahan masyarakat setempat, di samping mengamalkan gaya hidup sihat dengan berbasikal,” katanya ketika ditemui.

Dalam pada itu, mercu tanda ‘Saya Sayang Rembau’ juga telah dilancarkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan di Dewan Seri Rembau.

Aminuddin dalam lawatan kerja sehari beliau ke daerah ini juga berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada golongan fakir miskin, Orang Kelainan Upaya (OKU) di Masjid Esuf Tea, Pedas dan lawatan beliau berakhir di Majlis Pecah Tanah Hospital Neuro Science di Pedas, Rembau.

-AK

Tinggalkan komen anda