Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

Kepentingan Kesedaran AIDS Dalam Masyarakat

By 26 November 2019Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sapar Sutir (Rembau)

REMBAU, 26 Nov (Malaysiaaktif) ā€“ Program Hari AIDS Peringkat Negeri Sembilan anjuran Jabatan Kesihatan Malaysia Negeri Sembilan telah diadakan di siniĀ bertujuan untuk memberi maklumat mengenai AIDS agar masyarakat faham akan risiko penyakit tersebut.

Di samping itu, program tersebut turut mempromosi kerjasama antara agensi kerajaan dalam memantau corak penyebaran HIV dan AIDS serta memantau penyakit jangkitan seksual di Negeri Sembilan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, Veerapan Superamaniam, program ini dapat mengawasi situasi dan keadaan penyakit melalui aktiviti pemerhatian jangkitan dan kematian akibat AIDS.

WhatsApp Image 2019-11-25 at 17.11.58

Saringan kesihatan percuma sedang berlangsung.

ā€œJabatan Kesihatan juga perlu memastikan perkhidmatan kesihatan dan perubatan yang disediakan mencukupi kepada komuniti dan menyebarkan maklumat melalui pendidikan dan komunikasi berkaitan AIDS sampai dan difahami dengan baik,ā€ ujarnya dalam ucapan perasmian program.

Tambah Subramanian lagi, program ini juga adalah salah satu cara dalam menggalakkan masyarakat agar mengamalkan gaya hidup sihat.

Turut hadir Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Datuk Dr Zainudin Mohd Ali, Ketua-ketua Jabatan dan masyarakat sekitar.

-AK

Tinggalkan komen anda