Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Komunikasi Bersemuka Bersama Pemimpin Komuniti Harapan Malaysia

By 9 November 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/ foto: Suria Bt Karim/ Shamsul Bahari Abdul Shukor

PULAU PINANG, 9 Nov – (Malaysiaaktif) – Menyebar maklumat berkenaan dasar dan kempen kerajaan melalui komunikasi bersemuka adalah sesuatu perkara yang dominan dalam memastikan setiap maklumat sampai ke akar umbi dengan tepat.

Oleh itu, satu majlis makan malam telah diadakan oleh Jabatan Penerangan Negeri Pulau Pinang bersama peserta-peserta Kembara Minda yang terdiri daripada ahli jawatankuasa Komuniti Harapan Malaysia (KHM) di Pulau Pangkor.

Taklimat oleh Pengarah Jabatan Penerangan P.Pinang

Taklimat oleh Pengarah Jabatan Penerangan P.Pinang

Pengarah Penerangan Negeri, Sabri Said mengambil kesempatan dengan menyampaikan maklumat dan informasi tentang manfaat dan insentif kerajaan yang telah disediakan kepada rakyat di mana peserta kembara ini merupakan pemimpin atau “key communicator” antara rakyat di peringkat akar umbi serta kerajaan.

Kerajaan pada hari ini cukup proaktif dan inovatif dalam usaha menyediakan pelbagai kemudahan kebajikan serta infrastruktur yang lengkap bagi memacu keseimbangan dalam pembangunan ekonomi negara katanya.

Sesi soal jawab dan ramah mesra bersama peserta

Sesi soal jawab dan ramah mesra bersama peserta

Kaedah ini lebih berkesan kerana maklum balas dapat dijawab dan diolah secara berkesan terutama permasalahan berkaitan Komuniti Harapan Malaysia dijawab terus kepada ahli-ahlinya.

Menurut Setausaha KHM Sungai Besar Teluk Bahang yang juga Penolong Seranta Pejabat ADUN Telok Bahang, Rosila Arifin, 59 tahun, beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Penerangan kerana memberi peluang kepada beliau untuk mengikuti program ini yang memberi pemahaman dan kebaikan kewujudan KHM ini bagi menjadi perantara rakyat dan pemimpin.

Di antara peserta yang menjayakan majlis

Di antara peserta yang menjayakan majlis

Selain itu, KHM juga bakal menjadi nadi dalam perkembangan perpaduan kaum dan menjamin kestabilan pembangunan negara.

Secara keseluruhannya, program yang melibatkan 80 orang peserta ini dilihat mampu merealisasikan dasar-dasar kerajaan melalui media sosial dan komunikasi dua hala.

-II-

Tinggalkan komen anda