Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Masyarakat Perlu Faham Peranan MAIWP dan PPZ

By 17 November 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 17 Nov (Malaysiaaktif) – Masyarakat di Labuan hendaklah memahami bahawa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ) mempunyai dua peranan yang berbeza.

Menurut Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Labuan Simsudin Sidek, MAIWP berfungsi sebagai agensi yang mengurus dan mengagihkan wang zakat, manakala PPZ pula merupakan agensi yang dilantik oleh MAIWP sebagai pemungut zakat.

“Walaupun dua agensi ini mempunyai dua peranan yang berbeza, namun hakikatnya MAIWP dan PPZ mempunyai satu tujuan dan matlamat yang sama iaitu menjayakan urusan rukun Islam yang keempat.

“Agensi ini telah bertapak sekian lama di sini yang selama ini bertungkus lumus dalam mengagih dan mengurus wang zakat ini untuk kepentingan masyarakat di Labuan,” katanya semasa merasmikan Program Hari Rahmah 2019 anjuran MAIWP Labuan dan PPZ Labuan semalam.

Simsudin menyempurnakan gimik perasmian.

Simsudin menyempurnakan gimik perasmian.

Beliau turut berterima kasih kepada umat Islam yang membayar zakat menerusi PPZ.

“Kita amat berterima kasih kepada para pembayar zakat yang terus menerus menunaikan tanggungjawab membayar zakat melalui Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan Labuan.

“Kita merasa amat bersyukur kerana hasil kutipan di Wilayah Persekutuan meningkat saban tahun selari dengan peningkatan jumlah asnaf di Labuan ini, katanya lagi.

Hadir sama Pengurus MAIWP Labuan Ahmad Saifuddin Md Tahir, Penolong Pengurus Besar PPZ Labuan Mohamad Hakemal Husain dan Pengarah Urusan Financial Park Labuan Johari Mesar.

-SH

Tinggalkan komen anda