Laporan/foto: Idris Sani Saberun/Johnny Joklis (Kota Kinabalu)
KOTA KINABALU, 24 Okt (Malaysiaaktif) – Sebanyak sepuluh aktiviti kebajikan berjaya dilaksana Persatuan Wanita Jabatan Pelajaran Negeri Sabah (PeWaniS) sepanjang tahun 2019.
Pengarah Pendidikan Negeri Sabah merangkap Pengerusi PeWaniS, Dr Mistirine Radin berkata antara aktiviti yang dijalankan adalah program penyerahan sumbangan kebajikan kepada kakitangan dan pelajar-pelajar yang ditimpa musibah di seluruh Sabah.
“Selain itu, terdapat juga penyerahan sumbangan bagi pembaikan rumah penginapan pegawai jabatan yang dijadikan sebagai tempat tinggal semasa proses pemantauan di Sekolah Kebangsaan Salinatan, Nabawan.
“Dalam pada itu, sumbangan bagi acara-acara keagamaan turut diberikan selaras dengan slogan ‘PeWaniS Penggerak Pendidikan’,” katanya ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Jalinan Mesra, Tautan Kasih PeWaniS di salah sebuah hotel terkemuka, pada Jumaat.
Majlis yang dihadiri Toh Puan Norlidah RM Jasni selaku Penaung PeWaniS, bertujuan untuk mengeratkan hubungan ahli-ahli PeWanis dan Ahli jawatankuasa Yayasan Nur Juhar (YNJ), Persatuan Isteri Wakil-wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri Sabah (PERWISA) dan Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) yang banyak membantu dalam pelbagai aktiviti kebajikan, akademik dan kesejahteraan warga pendidik di negeri ini.
Lebih 200 orang ahli PeWaniS menghadiri majlis tersebut.
Hadir sama, Timbalan Yang Dipertua PERWISA, Datin Seri Dr Jaina Sintian; Pengarah JHEWA, Masturah Jamrah serta Timbalan Pengerusi PeWaniS, Wanihim Othman.
ER