Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

Komunikasi Bersemuka Pemangkin Masyarakat Bermaklumat

By 25 November 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Shaharudin Suratman (Seremban)/Mohd Kharulnizam Mohd Yunus (Negeri Sembilan)

SEREMBAN, 25 Nov (Malaysiaaktif) – Komunikasi bersemuka begitu sinonim dengan Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN), namun pada zaman kecanggihan media sosial dan teknologi ini ianya perlu dipergiat bagi memastikan maklumat yang tepat dan jelas dapat disampaikan kepada masyarakat.

Agenda ini dapat dilaksanakan dengan berkesan melalui hubungan baik JAPEN dengan pelbagai pihak dan juga melalui kerjasama rakan strategik terutamanya Komuniti Harapan Malaysia (KHM) dan Kelab Malaysiaku yang menjadi salah satu saluran komunikasi bersemuka yang terbukti berkesan.

Menyedari hakikat tersebut, Pejabat Penerangan Daerah (PPD) Seremban telah menganjurkan satu majlis penghargaan bagi mengeratkan hubungan baik antara 28 buah KHM dan enam buah Kelab Malaysiaku bawah seliaannya.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Seremban, Fauziah Abdullah, majlis ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan PPD dengan rakan strategiknya yang dianggap sebagai ejen penyampaian jabatan dalam memastikan maklumat yang tepat dapat disampaikan kepada masyarakat sehingga ke peringkat akar umbi.

“Ahli KHM dan penyelaras Kelab Malaysiaku merupakan tulang belakang bagi Jabatan Penerangan dalam membantu memasarkan dasar-dasar kerajaan kepada masayrakat yang perlu mendapat maklumat yang tepat terutamanya dalam menangkis penularan berita palsu yang semakin menjadi-jadi pada masa kini manakala pelajar-pelajar Kelab Malaysiaku pula merupakan aset penting dan bakal menjadi pewaris kepimpinan negara,” katanya.

WhatsApp Image 2019-11-24 at 17.56.24

Sabarudin ketika berucap menyampaikan amanat.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan Mejar (K) Sabarudin Yeop Hamza, dalam ucapan perasmiannya mengingatkan orang ramai agar sentiasa menjaga perpaduan yang ada dan tidak menjadi agen perosak yang boleh mengugat keharmonian.

“Barisan jawatankuasa KHM yang berbilang kaum turut mencerminkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia dan akan menjadi contoh pada masyarakat setempat,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, tambah Sabarudin, segala berita yang ditular di media sosial haruslah disemak kebenaran terlebih dahulu sebelum dikongsi agar tidak menjadi penyumbang kepada tularan berita tidak benar.

Majlis Jalinan Kasih PPD Seremban 2019 yang berlansung di Dewan Arena CMC, di sini, turut dihadiri oleh wakil daripada Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Sembilan, Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan dan wakil daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.

-AK

Tinggalkan komen anda