Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

Definisi Kepandaian, Kepintaran Telah Diberi Dimensi Baharu

By 24 November 2019November 27th, 2019Tiada komen4 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fauzrina Bulka/Azman Jumat(Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 24 Nov (Malaysiaaktif) – Ibubapa dan guru dibenarkan memilih ayat secara rawak daripada surah yang dipilih, hanya untuk menduga sama ada pelajar-pelajar Al Baghdadi Play Centre (APC) Putatan mampu membacanya.

Ternyata segalanya tampak mudah pada mereka, sebut sahaja ayat berapa, dengan pantas mereka membaca setiap bait dengan jelas, kuat dan penuh keyakinan.

Persembahan bacaan surah yang dipilih secara rawak oleh ibubapa dan guru.

Persembahan bacaan surah yang dipilih secara rawak oleh ibubapa dan guru.

Inilah keistimewaan pelajar-pelajar APC Putatan, seawal usia 4 tahun sudah mampu menghafal pelbagai surah, malahan ada yang sudah khatam Al-Quran di usia muda.

Semua ini telah dibuktikan dan dipersembahkan di hadapan para guru dan ibubapa pada Hari Anugerah Ad Dhuhaa yang melibatkan pelajar-pelajar SRI Tahfiz Nadi Al Baghdadi dan APC Putatan bertempat di salah sebuah hotel terkemuka, pada Ahad.

Azman (dua dari kiri) menyempurnakan gimik perasmian Majlis Anugerah Ad Dhuhaa.

Azman (dua dari kiri) menyempurnakan gimik perasmian Majlis Anugerah Ad Dhuhaa.

Majlis tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh Pengarah Al Baghdadi Wilayah Borneo, Azman Talib.

Menurut Pengarah Eksekutif Ad Dhuhaa, Dayang Nurul Ikhwan Muhidin definisi kepandaian atau kepintaran telah diberi dimensi yang baharu.

“Akses kepada maklumat dan kemahiran tidak lagi bergantung kepada individu yang dianggap genius, tetapi lebih kepada kekuatan pasukan dan data dalam talian.

Persembahan bacaan Al-Quran daripada para pelajar.

Khatam Al-Quran Mega daripada para pelajar Ad-Dhuhaa .

 

“Aspek kecerdasan emosi (EQ), serta kecerdasan spiritual dan sosial (SQ) akan menjadi lebih dominan.

“Mahu tidak mahu, kita harus menerima hakikat bahawa ketaksuban atau fokus yang berlebihan terhadap pencapaian peperiksaan akan segera berakhir.

Persembahan bacaan Al-Quran daripada para pelajar.

Persembahan bacaan Al-Quran daripada para pelajar.

“Kini sistem pentaksiran berasaskan sekolah telah diperluaskan. Pada masa hadapan, sebagai contoh, pusat tuisyen tidak lagi dapat menyaingi peranan sekolah dalam menyediakan pakej pendidikan yang lengkap, Di SRI Nadi Putatan, kami telah bersedia ke arah itu,”katanya.

Pusat Pengajian Islam Ad Dhuhaa mempunyai tiga buah pusat pendidikan yang bernaung di bawahnya sendiri iaitu Pra Sekolah Al Quran APC Putatan, SRI Tahfiz Nadi Putatan dan Pusat Tahfiz NAC Putatan.

Antara pelajar menerima anugerah.

Antara pelajar menerima anugerah.

Kata Nurul Ikhwan, dalam konteks pendidikan, fungsi utama sekolah ialah bagi memupuk pembelajaran.

“Dengan perubahan persekitaran pendidikan yang penuh dengan ketidaktentuan, sukar diramalkan dan sentiasa terdedah kepada penambahbaikan, proses pembelajaran tidak lagi tertumpu kepada akses pengetahuan semata-mata, bahkan lebih menjurus kepada proses persediaan menghadapi cabaran yang berbeza pada masa hadapan.

Antara pelajar menerima anugerah.

Dayang Nufa Aqeela Mohd Putra – Antara pelajar menerima anugerah.

“Sejajar dengan Misi Nasional dan perakuan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2013 – 2025, salah satu teras utamanya ialah menjana modal insan minda kelas pertama.

“Maka, Pusat Pengajian Islam Ad dhuhaa yang mana merangkumi APC Putatan dan Sri Nadi Putatan tidak boleh terkecuali daripada menyediakan peluang pembelajaran yang berkualiti dan bertaraf dunia supaya pada akhirnya pelajar yang menerima pendidikan di sekolah ini dapat menyumbang terhadap jati diri dan daya saing negara.

Nurul Aqidah Sulaiman menerima Anugerah Khas Ibu Bapa.

Nurul Aqidah Sulaiman menerima Anugerah Khas Ibu Bapa.

“Sebagai pengerusi, saya akan sentiasa memastikan bahawa hala tuju sekolah ini jelas dan bahawa segala bentuk perancangan dan pelaksanaan program pendidikan yang ada sentiasa akur dengan keperluan yang dlsebutkan.

“Walau bagaimanapun, pelaksanaan ini selaras dengan pelaksanaan Pendidikan Al Quran yang merupakan 50 peratus daripada silibus Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) kita disini,” ujarnya.

Tambahnya juga, pengiktirafan yang diberi kepada pelajar berpencapaian cemerlang tidak dibataskan kepada bidang kurikulum semata-mata.

Asrinah Latambo menerima Anugerah Khas Ibu Bapa.

Asrinah Latambo menerima Anugerah Khas Ibu Bapa.

“Domain kognitif atau minds-on memang masih unggul, namun kebolehan psikomotor atau hands-on, ciri efektif seperti kepimpinan dan sahsiah mesti berjalan seiringan,”katanya.

Pelbagai persembahan diatur sepanjang majlis berlangsung antaranya hafazan, nasyid, tamhid, tarian, pidato dan choral speaking.

Selain anugerah untuk pelajar-pelajar SRI dan APC, turut disampaikan ialah Anugerah Khas Ibubapa dan juga Anugerah Murabbi Hebat.

Hadir sama, Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Negeri Sabah, Nadzirah Che Saad dan Penyelia Pendidikan Bahagian Pantai Barat Selatan JHEINS, Awang Isa Awang Nodin.

ER

Tinggalkan komen anda