Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Tahap Pencegahan dan Kesedaran Yang Rendah Punca Diabetes Meningkat

By 18 November 2019Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Anuar Che Amat (Kangar)

KANGAR, 18 Nov (Malaysiaaktif) – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menyeru masyarakat mengambil tanggungjawab dengan melakukan pengesanan dan pencegahan awal terhadap ahli keluarga masing-masing dari bahaya penyakit diabetis.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Perasmian Hari Diabetis Peringkat Kebangsaan 2019 yang berlangsung di Tasik Melati baru baru ini.

Raja Perlis merasmikan Sambutan Hari Diabetes Sedunia Peringkat Kebangsaan 2019.

Raja Perlis merasmikan Sambutan Hari Diabetes Sedunia Peringkat Kebangsaan 2019.

Tambah baginda lagi, amalan permakanan yang sihat, rajin melaksanakan aktiviti jasmani dan fizikal, mengekalkan berat badan yang normal serta menghindarkan diri dari merokok dapat menghalang diri dari dijangkiti penyakit diabetis.

Terdahulu, keberangkatan tiba baginda disambut oleh Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man serta barisan kepimpinan negeri, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.

“Diabetis merupakan sejenis penyakit kronik yang mepunyai impak besar terhadap kesihatan seseorang dan menjadi fenomena kemudaratan global serta menjadikan  beban besar kepada kewangan negara,” titah baginda.

Lebih 700 peserta menyertai larian Fun Run sempena Sambutan Hari Diabetes Sedunia Peringkat Kebangsaan 2019.

Lebih 700 peserta menyertai larian Fun Run sempena Sambutan Hari Diabetes Sedunia Peringkat Kebangsaan 2019.

Berdasarkan kajian National Health Morbidity Survey (NHMS) 2015 mendapati negeri Perlis merupakan negeri kedua tertinggi penyakit diabetis di Malaysia yang merangkumi penduduk yang berusia dari 18 tahun ke atas dan hal ini menyumbang kepada angka seramai  339,000 pesakit bersamaan 2,006 pesakit berada di negeri ini.

“Cara hidup yang sihat seharusnya dipupuk di dalam diri anak-anak sejak dari kecil lagi dan ia wajib dijadikan amalan bagi setiap keluarga.

Bagi keluarga yang mempunyai pesakit diabetis pula mereka perlu diberi motivasi supaya mengambil ubat-ubatan seperti yang disarankan oleh pengawai perubatan,” titah baginda.

Raja Perlis berkenan mencemar duli berangkat melawat ke gerai-gerai pameran di sekitar tapak program.

Raja Perlis berkenan mencemar duli berangkat melawat ke gerai-gerai pameran di sekitar tapak program.

Ahli keluarga juga perlu menjaga pesakit diabetis yang memerlukan rawatan harian dan pemantuan yang kerap.

Menurut Presiden Diabetes Malaysia, Dr. Ikraham Shah Ismail ketika di dalam ucapan aluannya berkata berdasarkan kepada International Diabates Federation, jumlah pesakit diabetis telah mencecah 425 juta pada tahun 2017 dan ia dijangka meningkat kepada 629 juta pesakit pada tahun 2045.

Persekutuan Diabetes Antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menetapkan 14 November sebagai Hari Diabetes Sedunia mulai tahun 2007 dan tarikh itu diambil sempena tarikh lahir Federick Banting, individu yang menemui insulin bersama Charles Best  pada tahun 1921.

“Di negara ini, pertambahan prevalens pesakit diabetes yang berusia 18 tahun ke atas adalah sebanyak 15.2% (2.6 juta) berdasarkan NHMS 2011 dan meningkat  kepada 17.5% (3.5 juta) pada kajian NHMS 2015 di mana  penambahan angka ini sangat membimbangkan kerajaan,” jelas beliau lagi.

Lebih menyedihkan lagi, ramai penduduk yang berumur 30 tahun ke atas sudah menghidapi diabetis dan ada di antara mereka berada di tahap pra diabetis tetapi tidak mempunyai kesedaran dan pengetahuan mengenai penyakit tersebut.

Sambutan Hari Diabetes Sedunia Peringkat Kebangsaan 2019 yang berlangsung di Negeri Perlis ini bertemakan “Cakna Diabetes: Keluarga Prihatin, Kesihatan Terjamin” telah dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Fun Run 5 kilometer yang telah berjaya menarik penyertaan seramai lebih 700 orang, pameran kesihatan, pertandingan mewarna dan aktiviti kaedah pemakanan hidup sihat.

Raja Perlis berkenan mencemar duli berangkat melawat ke gerai-gerai pameran dan beramah mesra bersama para pengunjung yang hadir.

-NI-

Tinggalkan komen anda