Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

52 Kanak-Kanak Ikuti Program Berkhatan Beramai-Ramai di Labuan

By 17 Disember 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)

LABUAN, 17 Dis (Malaysiaaktif) – Seramai 52 kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah menyertai program berkhatan beramai-ramai anjuran Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Bahagian Labuan di Hospital Nukleus Labuan, di sini baru-baru ini.

Menurut Ketua USIA Bahagian Labuan Mohd Ali Datuk Seri Panglima Mohamad Omar Bledram, program berkhatan ini adalah program tahunan USIA Bahagian Labuan bagi membantu meringankan beban kewangan ibu-bapa khususnya ahli pertubuhan itu.

Dalam pada itu, ibu salah seorang peserta Rahimah Lamat, memuji penganjuran program tersebut yang dapat meringankan beban para ibu bapa.

“Penganjuran program ini sangat baik dan penuh makna kepada anak sulung saya, terima kasih kepada USIA kerana telah membiayai kos prosedur berkhatan dan saya sangat bersyukur atas rezeki dan peluang yang diberikan kepada anak saya yang menjalani prosedur berkhatan dengan sempurna dan penuh tertib,” katanya ketika ditemui.

Majlis perasmian program tersebut disempurnakan oleh Datuk Khalid Abdul Ghani yang mewakili Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias.

Turut hadir Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari, Timbalan Ketua Bahagian Datuk Abdul Rahman Lamudin dan Naib Ketua USIA Bahagian Labuan Sahari Amdan.

-SH

Tinggalkan komen anda