Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

Akhlak Rasulullah Tauladan Terbaik Didik Masyarakat

By 16 Disember 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Shaharudin Suratman (Seremban)

SEREMBAN, 16 Dis (Malaysiaaktif) – Bertemakan “Negara Rahmah Ummah Sejahtera”, sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Seremban disambut dengan penuh meriah oleh 400 orang peserta, di sini Sabtu lalu.

Sambutan yang diadakan di Masjid ar-Raudhah, Senawang tersebut diserikan dengan kehadiran Undang Luak Sungai Ujong Datuk Klana Petra, Datuk Mubarak Dohak yang juga mengetuai perarakan sejauh kira-kira tiga kilometer bersama dengan 45 kontinjen yang terdiri daripada jabatan kerajaan, badan berkanun dan kontinjen badan bukan kerajaan

Turut diadakan ceramah khas Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Dasar Unit Pengurusan Penaziran Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan Ustaz Amiza Kusyri Yusof.

WhatsApp Image 2019-12-14 at 18.46.26

Undang Luak Sg. Ujong mengetuai perarakan.

Azmiza dalam ceramahnya menekankan akan keperibadian dan kemuliaan akhlak Rasulullah SAW yang wajar dijadikan tauladan dalam mendidik masyarakat kerana baginda merupakan seorang pemimpin yang bersifat ‘Rahmatan lil ‘alaimin’ yang mempamerkan rasa kasih sayang kepada semua makhluk termasuk manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan alam sekitar.

“Rasulullah diutuskan sebagai sumber kasih sayang pada seluruh alam dan menjadi contoh terbaik dalam segala aspek kehidupan dan perlu dicontohi oleh semua samada lelaki atau wanita kerana ia bersifat holistik dan menyeluruh, dan hari ini kita berarak dan berselawat adalah kerana rasa kasih dan rasa cinta kita kepada Nabi Muhammad SAW,” katanya ketika ditemui.

Turut serta, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi Taufek Abd Ghani serta Ahli DUN Ampangan Dr Rafie Ab Malek.

-AK

Tinggalkan komen anda